window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris Ativ hadir dengan ciri baharu di Thailand! Kemaskini Toyota Vios bakal menyusul?

Haris Β· Aug 19, 2020 06:00 PM

Toyota Yaris Ativ hadir dengan ciri baharu di Thailand! Kemaskini Toyota Vios bakal menyusul? 01

Kategori sedan segmen B dalam pasaran Thailand sememangnya penuh dengan saingan. Nampaknya, kali ini Toyota Yaris Ativ tidak mahu ketinggalan berbanding Honda City dan Nissan Almera.

Toyota Yaris Ativ hadir dengan ciri baharu di Thailand! Kemaskini Toyota Vios bakal menyusul? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara fizikalnya, Toyota Yaris Ativ adalah versi Toyota Vios di Thailand. Namun begitu, Toyota Vios menggunakan enjin 1.5 liter yang lebih besar. Toyota Yaris Ativ pula menggunakan enjin 1.2 liter sahaja.

Toyota Yaris Ativ hadir dengan ciri baharu di Thailand! Kemaskini Toyota Vios bakal menyusul? 01

Namun begitu, Toyota Yaris Ativ mempunyai rekaan yang sama dengan Toyota Vios yang baru dilancarkan di Filipina. Toyota Yaris Ativ akan menggunakan lampu LED automatik, lampu DRL dengan fungsi Follow Me Home.

Toyota Yaris Ativ hadir dengan ciri baharu di Thailand! Kemaskini Toyota Vios bakal menyusul? 02

Model facelift ini hadir dengan rekaan gril hadapan dan belakang serba baharu. Gril tersebut kini hadir dengan warna hitam berkilat. Terdapat juga rekaan rim 2 tona 15 inci yang menampilkan rupa yang lebih moden.

Toyota Yaris Ativ hadir dengan ciri baharu di Thailand! Kemaskini Toyota Vios bakal menyusul? 03

Di bahagian dalam pula, Toyota telah menggantikan bahagian-bahagian krom dengan kemasan berwarna perak gelap untuk memberi penampilan Yaris Ativ yang lebih sporty. Pacuan USB di dalam kereta ini juga ditambah dua untuk penumpang belakang.

Toyota Yaris Ativ hadir dengan ciri baharu di Thailand! Kemaskini Toyota Vios bakal menyusul? 04

Skrin sentuh 6.7 inci pada Toyota Yaris Ativ kini menyokong sambungan Apple CarPlay. Kemudahan lain yang ditingkatkan termasuk pengelap automatik dan cermin pandangan belakang baru dengan fungsi peredupan automatik (auto dimming).

 

 

Toyota Yaris Ativ hadir dengan ciri baharu di Thailand! Kemaskini Toyota Vios bakal menyusul? 05

Ciri keselamatan Yaris Ativ yang dipertingkat juga termasuklah tawaran Toyota Safety Sense. Walau bagaimanapun, TSS pada model ini bukan sebuah pakej lengkap tetapi hanya fungsi Amaran Penukaran Lorong (hanya amaran, tiada bantuan) dan Brek Pra-Perlanggaran (AEB). Fungsi ini sememangnya cukup dalam sebuah sedan segmen B.

Toyota Yaris Ativ hadir dengan ciri baharu di Thailand! Kemaskini Toyota Vios bakal menyusul? 06

Dalam saingan untuk konteks Malaysia pula, Toyota Vios sudah dikemaskini pada tahun 2019 manakala Honda City dan Nissan Almera bakal dilancarkan pada hujung tahun 2020. Mungkin, Toyota Malaysia boleh melakukan kemas kini kecil seperti Perodua mengemaskini Perodua Myvi dengan ASA 2.0 dan warna baharu.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda