Toyota Hilux BEV akan diuji di kawasan perlombongan lasak di Australia menjelang pelancaran tahun 2025!
Zamil Syaheer · Oct 31, 2024 02:00 PM
0
0
Toyota Australia dan syarikat perlombongan BHP mengumumkan percubaan baharu Toyota Hilux elektrik bateri (BEV) prototaip, menjadikan ini sebagai ujian pertama bagi model tersebut.
Hilux elektrik akan ditempatkan di tapak BHP di Port Hedland, Australia Barat, bagi menggantikan tugas-tugas yang biasanya dikendalikan oleh kenderaan diesel. Ujian akan bermula pada bulan November dan berlangsung sekitar setahun, dengan BHP menyediakan maklum balas terhadap prestasi kenderaan tersebut.
Matthew Callachor, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Toyota Australia, menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah penting bagi kedua-dua syarikat dan juga model Hilux itu sendiri.
“Toyota telah lama menyokong pendekatan pelbagai laluan dalam usaha dekarbonisasi, dan apabila kami melakukan sesuatu, kami ingin melakukannya dengan betul,” kata Callachor.
“Bersama BHP dalam membangunkan prototaip Hilux BEV ini adalah langkah penting dalam mencipta teknologi rendah emisi bagi kenderaan komersial ringan, khususnya untuk digunakan dalam persekitaran perlombongan yang lasak dan mencabar," tambahnya.
BHP kini menggunakan kira-kira 5,000 kenderaan diesel ringan di seluruh tapaknya di Australia. Dengan hasrat untuk mengalihkan penggunaan kenderaan kepada versi elektrik dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, penilaian terhadap kemampuan Hilux BEV dalam keadaan dunia sebenar adalah penting, jelas Geraldine Slattery, Presiden Operasi Australia BHP.
Percubaan ini susulan Memorandum Persefahaman yang ditandatangani oleh Toyota dan BHP pada Ogos 2023, di mana kedua-dua syarikat meneroka strategi dekarbonisasi dengan fokus pada keselamatan kenderaan, kejuruteraan, dan pembangunan produk.
Model Toyota Hilux serba baharu akan dilancarkan pada 2025!
Bagi Hilux BEV, ini adalah satu lagi langkah dalam strategi enjin pelbagai bagi dunia sebenar. Sejak konsepnya diperkenalkan pada 2022, model tersebut telah mula diuji di jalan raya dengan Thailand menjadi pelopor menggunakannya sebagai 'teksi kongsi' dan logistik dalam negara.
Walau bagaimanapun, pengeluaran penuh Hilux BEV hanya akan bermula dengan model generasi seterusnya yang disahkan akan dilancarkan pada 2025. Ini adalah jangka masa yang munasabah memandangkan Hilux generasi semasa mula diperkenalkan pada 2015.
Dengan model generasi seterusnya, terdapat banyak pilihan – versi hibrid plug-in (PHEV) telah dibincangkan, dan varian Hilux hidrogen fuel-cell (FCEV) juga dijangka akan memasuki pengeluaran. Varian FCEV ini adalah konsep yang juga digunakan pada Olimpik Paris selain ujian tempatan.
Bagi generasi semasa, pasaran Australia dan Eropah antara lain telah mula menjual varian hibrid ringan 48V (MHEV).
Di Malaysia, semua varian Hilux dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.4- atau 2.8-liter. UMW Toyota Motor menjual Hilux generasi semasa pada harga berikut:
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.