window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota GR Corolla bakal dilancarkan di pasaran Asia Tenggara, tapi Thailand dapat dulu, bukan Malaysia!

Faisal Β· Oct 26, 2022 06:00 PM

Toyota GR Corolla bakal dilancarkan di pasaran Asia Tenggara, tapi Thailand dapat dulu, bukan Malaysia! 01

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa Vietnam bakal menjadi negara pertama dalam rantau kita yang akan melancarkan Honda Civic Type R FL5. Kini, Thailand pula bakal menjadi yang pertama untuk melancarkan Toyota GR Corolla. Kalau anda perasan, kedua-duanya mendahului Malaysia.

Toyota GR Corolla bakal dilancarkan di pasaran Asia Tenggara, tapi Thailand dapat dulu, bukan Malaysia! 02

Menariknya, President Akio Toyoda juga dikatakan bakal hadir dalam acara tersebut iaitu di Thailand International Motor Expo yang akan berlangsung bermula 30 November nanti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota GR Corolla bakal dilancarkan di pasaran Asia Tenggara, tapi Thailand dapat dulu, bukan Malaysia! 01

Untuk makluman anda, GR Corolla tidak ada had keluaran seperti GR Yaris (25,000 unit).

Dari segi teknikal, GR Corolla dikuasakan oleh enjin 1.6L turbo 3 silinder sama seperti GR Yaris tetapi dengan peningkatan kuasa kepada 304 PS dan 370 Nm tork.

Toyota GR Corolla bakal dilancarkan di pasaran Asia Tenggara, tapi Thailand dapat dulu, bukan Malaysia! 02

Ia dipadankan hanya dengan transmisi manual 6 kelajuan. Kuasa pula dihantar ke sistem pacuan semua roda GR dengan agihan kuasa depan belakang dari julat 50/50 hingga 30/70.

Pelancaran di Malaysia bila?

Kami pernah melaporkan bahawa UMW Toyota Motor akan melancarkan GR Corolla tidak lama lagi. Walaupun tempahannya masih belum dibuka, para pengedar memberitahu bahawa lebih 50 pelanggan sudahpun membayar duit tempahan yang mana mereka meminta pengedar untuk masukkan terus nama mereka sebaik sahaja tempahan dibuka.

Harganya pula belum lagi disahkan tetapi pesaing tegar seperti Volkswagen Golf R Mk8 ditawarkan pada harga RM 356,412.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota GR Corolla 1.6T MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda