Toyota Camry 2024 (XV80) bakal dilancarkan di Thailand pada 10-Okt; 3 varian, semua 2.5L hibrid 231 PS

Faisal Β· Sep 10, 2024 05:35 AM

Toyota Camry 2024 (XV80) bakal dilancarkan di Thailand pada 10-Okt; 3 varian, semua 2.5L hibrid 231 PS 01

Toyota Camry XV80 di Singapura

Menurut Autolife Thailand, Toyota Thailand sedang mempersiapkan pelancaran Toyota Camry 2024 (XV80) yang bakal dibuat pada 10 Oktober 2024. Ini menjadikan ia pasaran kedua di ASEAN selepas Singapura untuk dapat model ini. 

Model di pasaran Thailand akan hadir dengan trenkuasa 2.5L hibrid melalui tiga varian iaitu HEV, HEV Premium dan HEV Premium Luxury.

Sama seperti sebelum ini, Camry XV80 akan dipasang di sana (CKD) dan dieksport ke negara-negara di rantau Asia-Oceania.

Juga baca: 20 gambar Toyota Camry 2024 (XV80) di Singapura - boleh buat rakyat Malaysia tertunggu-tunggu?

Toyota Camry 2024 (XV80) bakal dilancarkan di Thailand pada 10-Okt; 3 varian, semua 2.5L hibrid 231 PS 01

Toyota Camry XV80 di Singapura

Dari segi teknikal, legenda sedan segmen-D ini menggunakan trenkuasa 2.5L Dynamic Force Hybrid THS II. Enjin 2.5L NA (188 PS/221 Nm) dipadankan dengan motor elektrik, sekaligus menghasilkan output 231 PS. Sistem ini digandingkan dengan transmisi E-CVT untuk menghantar kuasa ke roda depan.

Toyota Camry 2024 (XV80) bakal dilancarkan di Thailand pada 10-Okt; 3 varian, semua 2.5L hibrid 231 PS 02

Toyota Camry XV80 di Singapura

Toyota Camry 2024 (XV80) bakal dilancarkan di Thailand pada 10-Okt; 3 varian, semua 2.5L hibrid 231 PS 03

Toyota Camry XV80 di Singapora

Dengan Thailand bakal melancarkan seawal Oktober, giliran Malaysia secara amnya juga akan tiba tidak lama lagi.

Toyota Camry 2024 (XV80) bakal dilancarkan di Thailand pada 10-Okt; 3 varian, semua 2.5L hibrid 231 PS 04

Toyota Camry XV80 di Singapura

Soal di Malaysia, Camry (XV70) hadir sebagai model import (CBU) dari Thailand dan ia hanya ditawarkan dalam varian 2.5V dengan enjin 2.5L NA berkuasa 209 PS. Ia dijual pada harga RM 219,800.

Juga baca: Membuat tontonan umum di acara Beyond Zero, adakah Toyota Camry Hybrid akan kembali ke Malaysia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda