window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tayar Continental Ultra Contact 7 dilancarkan; saiz 15-18 inci untuk kereta penumpang, MPV

Mersita ยท Sep 2, 2022 07:30 PM

Tayar Continental Ultra Contact 7 dilancarkan; saiz 15-18 inci untuk kereta penumpang, MPV 01

Continental Tyres baru saja melancarkan produk Generasi 7 yang pertama di Malaysia, dipanggil UltraContact UC7. UltraContact UC7 adalah tayar serba boleh yang mengutamakan keselamatan, dengan penekanan pada keselesaan bunyi yang luar biasa dan jangka hayat memandu yang panjang. Inilah yang dikatakannya, "Keyakinan Memandu, Ditakrifkan oleh Teknologi".

Dengan kejayaan besar produk Generasi 6, Continental terus-terusan mempertingkatkan taraf produk untuk kekal relevan dan kompetitif di pasaran.  

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika dibandingkan dengan UltraContact UC6, UltraContact UC7 mencapai peningkatan yang ketara dan cemerlang, terutamanya dari segi brek dan kawalan di atas jalan basah. Aspek prestasi lain seperti kecekapan bahan api, brek kering, dan pengendalian turut dipertingkatkan.

Selain itu, Continental juga membangunkan teknologi khas untuk menepati setiap segmen dan keperluan pengguna. Teknologi Confidence+ yang serba boleh menggabungkan teknologi serta ciri reka bentuk pembinaan khusus bagi menghasilkan tayar yang selamat, selesa, dan sesuai untuk kebanyakan jenis kereta.

Tayar Continental Ultra Contact 7 dilancarkan; saiz 15-18 inci untuk kereta penumpang, MPV 01

"Kami berbangga dengan teknologi keselamatan kami yang telah diiktiraf selama beberapa generasi. Dengan Vision Zero sebagai keutamaan kami, kami berusaha untuk mencapai sifar kemalangan, sifar kecederaan, dan sifar kematian di jalan raya," menurut Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

Bagi merealisasikan UltraContact UC7, pasukan global kami yang terdiri daripada kira-kira 25 jurutera dan pakar mengambil masa lebih 9,500 jam untuk merekabentuk, membuat simulasi, membina, dan menguji semua prototaip dengan sasaran pengguna dalam fokus. Dalam fasa pembangunan semata-mata, jurutera Continental menjalankan lebih daripada 850 ujian dalam pelbagai kondisi.

Tayar Continental Ultra Contact 7 dilancarkan; saiz 15-18 inci untuk kereta penumpang, MPV 02

Penampilan "Diamond DNA", Diamond Compound, Noise Breaker 3.0 dan Aqua Channel Advanced, UltraContact UC7 baharu memberikan tiga kelebihan utama: prestasi basah yang luar biasa, pengurangan bunyi, dan jangka hayat memandu yang panjang.

UltraContact UC7 dibangunkan untuk pelbagai jenis kenderaan dan boleh didapati dalam saiz tayar 15" hingga 18". Pemandu yang mencari jaminan kualiti dalam setiap aspek pemanduan boleh memilih UltraContact UC7 untuk kereta kompak dan bersaiz sederhana, MPV, atau sedan mewah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda