Jenama yang sinonim dengan kemewahan dan prestij, Mercedes-Benz, baru saja memperbaharui Autohaus mereka di Hap Seng Star Kuala Lumpur dengan pelbagai tarikan baru untuk pemilik dan peminat Mercedes-Benz yang berkunjung ke Kuala Lumpur!
Autohaus Mercedes-Benz Hap Seng Star KL yang dibuka sejak 2004 itu merupakan Autohaus pertama di Malaysia, dan kini penambahbaikannya yang berkos RM3.5 juta di atas tapak berkeluasan 29,300 kaki persegi itu jelas menunjukkan komitmen Mercedes-Benz dalam menyediakan pengalaman pemilikan terbaik bagi pelanggannya dan menarik minat ramai terhadap jenama pembuat kereta popular itu.
Autohaus yang dinaik-taraf itu memaparkan butik mewah eksklusif untuk pemilik dan pengunjung yang ingin menggayakan pelbagai produk dan aksesori berjenama Mercedes-Benz – dari tas tangan, bagasi eksklusif, dompet, pakaian kasual hinggalah kereta mainan bersaiz besar untuk kanak-kanak!
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Bagi peminat pasukan Formula 1 Mercedes-Benz, anda juga boleh dapatkan pelbagai barangan berjenama Lewis Hamilton di sini!
MBM dan Hap Seng Star Sdn Bhd (HSS) telah membelanjakan RM 3.5 juta untuk menaik-taraf satu-satunya konsep ‘butik dalam Autohaus’ yang ada di Malaysia ini. Menurut MBM, ini cuma satu permulaan dan lebih banyak konsep sebegini akan diperkenalkan nanti.
Bagi memperkayakan pengalaman pemilik kenderaan Mercedes-Benz, Autohaus dengan konsep baharu ini juga memaparkan pelbagai ruang menarik seperti ruang rehat peribadi di tingkat 2 dan kafe moden yang eksklusif di tingkat 3.
Butiknya yang terletak di tingkat 1 Menara Hap Seng 3 ini amat mudah untuk dilawati bila-bila masa anda perlukan terapi beli-belah. Apa salahnya kenakan topi dan kemeja polo Mercedes-Benz sekali sekala dan tampil bergaya dengan jenama kereta idaman anda?
Anda boleh kunjungi Mercedes-Benz Hap Seng Star di Menara Hap Seng 3, Jln. P. Ramlee, Kuala Lumpur.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });