Tak sampai setahun dalam pasaran, Isuzu D-Max generasi baru rangkul banyak anugerah automotif Malaysia!
Haris · Jan 24, 2022 07:00 PM
0
0
Sejak pengenalan globalnya, Isuzu D-Max serba baharu generasi ketiga telah meraih perhatian ramai pengguna dan pengkritik sekaligus, serta menemukan peminat baru yang menghargai tahap kecanggihan, keselesaan dan kemampuannya yang mengagumkan.
Di Malaysia, pelancaran Isuzu D-Max serba baharu ini pada April tahun lalu menarik banyak minat, terutama terhadap varian flagship terbaru, X-Terrain—yang telah membantu memperluaskan lagi capaian pengeluarnya kepada kelompok pengguna dan pemilik baharu trak pikap.
“Melalui rekaan kukuh dan menonjol yang ada pada model baharu ini, serta ciri keselamatan dan keselesaannya yang cemerlang dan kehalusan premium ala SUV, Isuzu D-Max X-Terrain telah menjangkau tahap baharu untuk menjadi trak pikap yang paling hangat dalam pasaran ketika ini,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.
Walaupun bekalan D-Max terkesan teruk akibat gangguan bekalan semi-konduktor, 713 pemilik telah menerima varian X-Terrain tertinggi baharu mereka, menjadikannya model kedua paling popular dari barisan trak pikap Isuzu Malaysia.
Model yang menjadi peneraju jualan adalah varian 1.9 liter 4x4 Premium yang mencatatkan jualan sehingga 842 unit. Pusat bandar di Lembah Klang dan Kota Kinabalu menjadi lokasi utama menyaksikan jualan tertinggi model flagship berkenaan, menyumbang lebih daripada separuh daripada angka jualan keseluruhan di negara ini.
Varian baharu X-Terrain berkenaan telah berulang kali disifatkan sebagai trak revolusionari yang memberikan definisi baharu kepada landskap industri trak pikap, menggabungkan tahap keselesaan luar biasa, dengan kehalusan dan keselamatan dalam satu pakej yang tidak mengorbankan perwatakan trak Isuzu yang sudah sedia terkenal dengan kepelbagaian penggunaan serta boleh diharap.
Disebabkan itu jugalah tidak menghairankan Isuzu D-Max X-Terrain ini menerima pujian daripada media automotif yang rata-ratanya terpesona dengan penawaran dan penampilan model berkenaan sebagai sebuah kenderaan moden, berkeupayaan dan sangat menyenangkan untuk dipandu.
Dalam tempoh singkat sejak pelancarannya, Isuzu D-Max X-Terrain telah meraih tidak kurang daripada lima anugerah Trak Pikap Terbaik Tahunan. Pihak media termasuklah Wapcar memilih Isuzu D-Max sebagai pemenang yang layak kerana kemampuannya mengagumkan untuk membawa pengalaman trak pikap ke tahap baharu.
Dengan momentum permintaan yang semakin kuat dijangka berterusan sepanjang 2022, keutamaan Isuzu Malaysia adalah untuk memenuhi bekalan yang masih tertangguh untuk tidak mengecewakan pelanggan.
“Ramai pelanggan yang telah menunggu dengan sabar untuk penghantaran trak mereka. Kami berharap agar gangguan bekalan ini diatasi segera untuk membolehkan kami memenuhi semua permintaan trak baharu ini,” ujar Sogo.
“Sebaik sahaja bekalan pulih, kami menjangkakan akan dapat menggandakan penghantaran dan mencapai sasaran untuk menjual 8,000 unit tahun ini,” tambah beliau.
Barisan Isuzu D-Max serba baharu terdiri daripada pelbagai varian untuk memenuhi bermacam keperluan individu dan kepenggunaan, bermula dengan varian Single Cab yang menawarkan keupayaan tenaga kerja cemerlang hinggalah kepada pilihan lebih luas dengan Double Cab yang dilengkapi oleh enjin 1.9 liter atau unit 3.0 liter yang lebih berkuasa.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Isuzu D-Max, layari laman web pickuptruck.isuzu.net.my atau Facebook rasmi Isuzu D-Max di pautan tersebut.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.