Suzuki sememangnya cukup produktif pada tahun 2021. Selepas melancarkan Hayabusa serba baharu, syarikat pengeluar Jepun itu melancarkan pula jentera 'Naked' GSX-S1000 2021 yang datang dengan naik taraf yang signifikan.
Juga baca: Suzuki Hayabusa 2021 dah dilancar, ini 5 fakta menarik!
Begitupun, bagi segmen 'Sportbike' aras tingginya, ia tampak masih di takuk lama menerusi GSX-R1000.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Tetapi jangan bimbang, baru-baru ini, timbul laporan yang menyatakan syarikat berkenaan merancang untuk menaiktaraf GSX-R1000 bagi versi 2022 yang dijangka akan mempunyai kuasa melebihi 200 Hp.
Ketika ini, generasi kelima GSX-R1000 hanya mampu menghamburkan kuasa setinggi 185 Hp dan dianggap menggunakan teknologi yang sudah berusia.
Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi!
Berdasarkan laporan berkenaan, GSX-R1000 2022 akan mendapat pelbagai naik taraf baharu dalam usaha Suzuki untuk kembali bersaing dengan model 'flagship' lain antaranya Ducati Panigale V4 R, Kawasaki ZX-10RR, BMW M 1000 RR, Honda CBR1000RR-R dan Yamaha YZF-R1.
Selain itu, sekalipun perkembangan itu bukan keluar daripada ibu pejabat di Hamamatsu sendiri, namun usaha untuk menaik taraf GSX-R1000 adalah untuk membawa jentera berkenaan kembali bersaing di pentas Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).
Ini kerana sekalipun syarikat berkenaan sudah pun meraih kejayaan di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bersama Joan Mir pada 2020, kejayaan yang dicipta di pentas yang menampilkan jentera 'produksi' tidak begitu mengagumkan.
Juga baca: GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP
Untuk versi terbaharu GSX-R1000, ia dikatakan akan mendapat pelbagai naik taraf dan kemaskini termasuk patuh piawaian emisi Euro 5.
Suzuki juga dikatakan akan menambah pelbagai perkakasan elektronik canggih berbanding versi yang berada di pasaran ketika ini.
Sumber: visordown
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });