window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subsidi Minyak untuk B40 / M40 dibatalkan. Keadilan untuk golongan T20?

Haris ยท Jul 29, 2020 03:00 PM

Subsidi Minyak untuk B40 / M40 dibatalkan. Keadilan untuk golongan T20? 01

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kewangan memutuskan untuk tidak meneruskan Program Subsidi Petrol (PSP), yang sepatutnya dilaksanakan kira-kira 7 bulan lalu bermula Januari.

Sungguhpun begitu, Program Subsidi Petrol telah ditangguhkan sehingga ke hari ini. Malangnya, kajian yang dibuat mendapati bahawa Program Subsidi Petrol ini mungkin membawa kepada jurang harga minyak yang tinggi antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah, Sarawak dan Labuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Subsidi Minyak untuk B40 / M40 dibatalkan. Keadilan untuk golongan T20? 01

Rakyat Sabah, Sarawak, dan Labuan tidak disertakan dalam PSP kerana mereka akan menikmati subsidi petrol secara pukal. Penyelarasan harga minyak masa kini pula adalah berdasarkan pengiraan harga apungan pasaran.

Sasaran awal bantuan PSP ini adalah golongan B40 dengan bantuan sebanyak RM 30 sebulan bagi pemilik kereta dan RM 12 sebulan bagi pemilik motosikal

Subsidi Minyak untuk B40 / M40 dibatalkan. Keadilan untuk golongan T20? 02

Pelaksanaan bagi golongan M40 mengikut rancangan asal pula dilihat boleh menimbulkan keraguan. “Golongan M40 hanya menerima harga subsidi semasa mengisi minyak dengan kad yang disediakan,” ujar beliau Timbalan Menteri KPDNHEP, Rosol Wahid.

Sungguhpun begitu, keputusan ini dilihat belum menerima apa-apa kata akhir dari pihak kerajaan. Justeru itu, Rosol Wahid memaklumkan Dewan Rakyat bahawa hal ini akan dibawa kepada jemaah menteri untuk memuktamadkan pendirian kerajaan.

Subsidi Minyak untuk B40 / M40 dibatalkan. Keadilan untuk golongan T20? 03

“Pada 9 Julai, pihak KPDNHEP dan Kementerian Kewangan mengadakan mesyuarat berkenaan hala tuju program susbsidi petrol ini dan memutuskan 2 perkara: KPDNHEP dan Kementerian Kewangan bersetuju untuk tidak melaksanakan PSP dan pihak Kementerian Kewangan akan menyediakan memorandum jemaah menteri untuk memuktamadkan pendirian kerajaan untuk tidak melaksanakan program tersebut,” katanya.

Rosol sebelum itu menjawab pertanyaan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) yang meminta kementerian memaklumkan tarikh baharu pelaksanaan PSP.

Sumber: FMT

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda