Sejak tahun 2018, Subaru telah menggugurkan pilihan Subaru Forester dengan enjin turbo. Sebelum itu, barisan produk Subaru hadir dalam varian turbo. Keputusan menggugurkan pilihan enjin tersebut berkemungkinan besar adalah disebabkan strategi syarikat dan bukannya kekurangan permintaan.
Namun begitu, terdapat ura-ura mengatakan bahawa Subaru mungkin akan kembali menawarkan enjin turbo yang mendapat sambutan ramai. Menurut sebuah laporan media dari Taiwan, Subaru Forester berkemungkinan besar akan menerima enjin turbo.
Hal ini kerana, Subaru Levorg telah pun menggunakan enjin 1.8 liter turbo tersebut. Mengikut laporan media tersebut, enjin daripada Subaru Levorg bakal dipasangkan pada Subaru Forester. Subaru Levorg adalah model wagon yang tidak dijual di Malaysia.
Enjin turbo dengan kod CB18 terbaru tersebut mampu menjana 177 PS kuasa kuda dan 300 Nm tork. Sebagai perbandingan, Subaru Forester dengan enjin 2.0 liter NA hanya menjana 156 PS kuasa kuda dan 196 Nm tork.
Apa yang tidak berubah adalah transmisi CVT Lineartronic dan sistem Symmetrical AWD.
Lebih menarik lagi, enjin turbo ini berkemungkinan besar akan hadir seawal hujung tahun 2020. Tidak seperti jenama pengeluar lain yang mempunyai perbezaan model setempat, Subaru jarang melakukan taktik yang sama. Namun begitu, tidak diketahui bilakah Subaru Forester ini akan hadir ke Malaysia.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2023 Subaru Forester 2.0 i-L EyeSight
Upgrade
Add your car