Stor kereta terpakai di Ipoh hangus dijilat api, 120 kenderaan terbakar sampai rentung
Faisal ยท Jun 15, 2022 06:00 PM
0
0
Pagi semalam, berlakunya satu insiden malang di sebuah stor menyimpan kereta terpakai di Jalan Bendahara, Kampung Temiang, Ipoh yang mana sebanyak 120 kenderaan telah hangus dijilat api.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, kebakaran di stor itu telah menyebabkan anggaran kemusnahan sebanyak 80%.
Apapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu. Dengan api yang begitu marak, pihak bomba terpaksa menggunakan tiga pancutan air tangki lori mereka. Malah, air pili bomba yang ada berdekatan juga turut diguna.
Secara teknikal, kebakaran yang bermula pada jam 10.30 pagi itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.34 petang.
Buat masa sekarang, punca kejadian masih belum diketahui tetapi ia sedang disiasat secara terperinci.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.