window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Stellantis rancang untuk perkenal EV dengan platform STLA ke Malaysia; Jarak pandu 700km, arkitektur 400V

Faisal · Nov 16, 2023 04:00 PM

Stellantis rancang untuk perkenal EV dengan platform STLA ke Malaysia; Jarak pandu 700km, arkitektur 400V 01

Menurut Ketua Operasi Eksekutif (COO) rantau ASEAN buat Stellantis iaitu Daniel Gonzalez, kumpulan automotif itu mempunyai rancangan untuk membawa masuk EV platform STLA Medium ke Malaysia.

Kata beliau dalam wawancara bersama CarSifu, “Melalui STLA Medium, ia boleh digunapakai untuk beberapa jenis kenderaan lagi termasuklah 3008 dan 5008 generasi seterusnya”. Gonzalez turut memberitahu bahawa antara pertimbangan mereka adalah aspek populariti kenderaan segmen B, C dan D.

Untuk makluman anda, Stellantis sedang mengkaji kemungkinan untuk memperkenalkan pelbagai produk di Malaysia, termasuklah platform STLA Medium yang baru diperkenalkan. Dengan jarak roda yang boleh dipelbagaikan, platform STLA Medium ini membolehkan pengeluaran untuk segmen C dan D dengan pelbagai gaya badan yang merangkumi kereta jenis penumpang, crossover dan SUV.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaVideo: Inilah usaha Stellantis di kilang Gurun untuk bagi kereta Peugeot tahan lasak di benua kita

Stellantis rancang untuk perkenal EV dengan platform STLA ke Malaysia; Jarak pandu 700km, arkitektur 400V 01

Kalau anda nak tahu, percaturan ini cukup sesuai dengan Stellantis kerana selama ini, mereka mempunyai sehingga 26 model melalui pelbagai platform dan ada 14 jenama yang berportfolio kukuh.

Antara pelan masa depan Stellantis termasuklah penambahan model EV untuk pasaran global dan platform STLA Medium pasti akan memudahkan lagi kerja mereka. Antara keunggulan platform yang diperkenalkan pada Jun 2023 ini adalah arkitektur 400V yang membolehkan pengecasan 20-80% dalam masa 27 minit dan jarak gerak terbaik dalam kelas sehingga 700 km.

Stellantis rancang untuk perkenal EV dengan platform STLA ke Malaysia; Jarak pandu 700km, arkitektur 400V 02

Selain itu adalah tahap fleksibilitinya (jarak roda 2,700-2,900 mm, panjang 4.3-3.9 meter, kelegaan tanah melebihi 220 mm). Kebolehan sebeginilah yang membolehkan pengeluaran kenderaan dalam pelbagai jenis badan dan saiz.

Secara amnya, model kereta yang platform STLA Medium akan hadir dalam konfigurasi pacuan roda depan atau belakang, dengan julat kuasa dari 215 PS – 382 PS.

Setakat ini, Stellantis telah melabur sebanyak $30 bilion (~RM 154 bilion) dalam aspek perisian dan elektrifikasi.

Untuk Malaysia, kilang automotif milik Stellantis ada di Gurun dan mereka telahpun membangunkan ibu pejabat rantau Asia Pasifik di KL sebagai sebahagian daripada strategi ‘Built in Asean for Asean’.

Juga bacaPSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia