Awal bulan ini, Berjaya telah mengesahkan bahawa mereka akan mengambil alih pengedaran Peogeot di Malaysia. Perkara ini diusahakan oleh syarikat yang baru iaitu Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB).
Baru-baru ini, rakan kami di Funtasticko melaporkan intipan Peogeot 2008 2021 serba baru dimana ia akan menjadi model pertama yang dilancarkan oleh BAASB pada tahun 2021.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Dikenali sebagai P24, Peogeot 2008 generasi kedua membuat debut global di Eropah pada Jun 2019. Ia merupakan SUV segmen B yang bersaing dengan Honda HR-V, Hyundai Kona, dan Proton X50.
Walau apapun, tren kuasa yang akan ditawarkan di Malaysia masih belum dipastikan. Tetapi untuk maklumat anda, spesifikasi di Vietnam hadir dengan enjin 1.2L turbo 3-silinder (135 PS, 230 Nm tork) yang menghantar kuasa ke roda depan melalui transmisi automatik 6 kelajuan.
Spyshot Peogeot 2008 kali ini dijumpai di Gurun dimana ia menggunakan plat perdagangan Kedah.
Perkara ini tidak hairan sama sekali memandangkan PSA Group telah mengambil alih kilang Naza Automotive Manufacturing di Gurun pada tahun 2018.
Untuk pengetahuan anda, kilang pemasangan ini turut menghasilkan Peogeot 3008 dan Peogeot 5008 dimana kedua-duanya dieksport ke Thailand.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });