Spyshot: Lexus LM generasi baharu dipandu uji di Jepun, penanda aras kepada Alphard juga?
Haris Β· May 2, 2023 10:00 AM
0
0
Model Lexus telah mendapat jolokan sebagai 'Toyota mewah' kerana pembeli sanggup membayar harga kereta Continental untuk sebuah kenderaan dengan lencana Jepun. Walaupun ia masih lagi dilihat sebagai "Toyota", di sinilah sebenarnya Lexus LM 2024 membuktikan bahawa sentimen tersebut adalah salah.
Dalam generasi kedua ini, Lexus LM boleh didapati dalam konfigurasi 4 tempat duduk, 6 atau 7 tempat duduk, di mana model 4-tempat duduk adalah varian paling mewah. Varian teratas ini dilengkapi dengan skrin 48-inci, peti sejuk mini dan fungsi urut pada setiap tempat duduk kapten.
Tidak seperti model generasi sebelumnya yang terhad kepada pasaran Asia, Lexus LM serba baharu ini menyasarkan pelancaran peringkat global, dengan jualan dijangka berlangsung di lebih daripada 60 negara di seluruh dunia, termasuk di Eropah lantas membuktikan reputasinya melebihi "sekadar Toyota".
Spesifikasi untuk pasaran Eropah sudah disahkan dengan 4-silinder 2.5L aspirasi semula jadi hibrid, menggabungkan sehingga 250 PS dan 239 Nm, dengan kuasa melalui sistem pacuan semua roda elektrik E-Four (AWD).
Pasaran selebihnya akan menerima spesifikasi enjin 4-silinder 2.4L turbocaj sebagai pilihan tetapi belum ada angka prestasi yang disahkan telah diberitahu.
Di Malaysia, kita masih menawarkan Lexus LM generasi sebelum yang terjual bermula daripada RM 1,208,000. Maklumat lanjut mengenai ketibaan model baharu itu dijangka akan diumumkan pada akhir tahun ini.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.