Semalam, Hyundai mengacah sebuah MPV yang dinamakan sebagai Hyundai Staria. MPV ini menggunakan pintu jenis gelangsar.
Unit yang diacah oleh Hyundai semalam kelihatan seperti varian Premium. Perkara ini dibuktikan dengan roda yang besar, kerusi kapten yang mewah, lampu ambient lighting, dan skrin infotainment yang besar.
Kini, para media di Korea nampaknya telah mula menyebarkan foto yang kelihatan seperti sebuah Staria tetapi dengan spec yang lebih bawah. Perkara ini dapat dilihat melalui roda keluli dan cermin sisi yang tidak diwarnakan.
Apapun, bahagian depan tetap nampak futuristik seperti varian Premium yang diacah semalam. Cumanya, masih belum dapat dipastikan sama ada ia akan datang dengan lampu LED seperti varian yang lebih mahal ataupun tidak.
Adakah Staria akan masuk pasaran Malaysia?
Memandangkan Hyundai telah menanda dagang nama Staria di Malaysia, MPV ini mungkin dilancarkan sebagai pengganti Hyundai Starex yang telah berkhidmat begitu lama.
Juga baca: Hyundai Staria diacah - MPV hybrid 7 penumpang baharu, bakal ditawarkan di Malaysia?
Komen