SKMK pokai, Konsortium E-Mutiara Berhad ambil alih perkhidmatan bas henti-henti di Kelantan
Faisal ยท Jan 28, 2022 09:00 AM
0
0
Kerajaan negeri beserta Konsortium E-Mutiara Berhad akan bekerjasama dalam mewujudkan sistem pengangkutan bas henti-henti di Kelantan bermula 1 Februari akan datang.
Menurut Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, hanya dua laluan akan dimulakan pada peringkat awal iaitu Kota Bharu-Gua Musang dan Kota Bharu-Jertih.
Selebihnya, kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengenal pasti lokasi hentian bas yang sesuai untuk mengambil dan menurunkan penumpang.
Untuk makluman anda, firma ini akan menggantikan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) yang sedang mengalami masalah kewangan. Bagi anda yang belum tahu, Konsortium E-Mutiara sebelum ini mengendalikan perkhidmatan bas ekspres ke seluruh destinasi, terutama di bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.