window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SAH: Kod model D66B untuk Perodua Nexis, D03B untuk Toyota Yaris Cross - pelancaran Malaysia tahun 2024?

Faisal Β· Jan 18, 2024 01:00 PM

SAH: Kod model D66B untuk Perodua Nexis, D03B untuk Toyota Yaris Cross - pelancaran Malaysia tahun 2024? 01

Lakaran oleh Theophilus Chin.

Selain kod model Toyota Vios Hybrid, sumber dipercayai yang kami peroleh juga merungkai dua lagi kod untuk model yang begitu dinantikan di pasaran kita. Maksud kami di sini ialah si kembar Toyota Yaris Cross dan Perodua Nexis, di mana masing-masing memakai kod D03B dan D66B.

Juga bacaSAH: D54B adalah kod model Toyota Vios Hybrid 2024, pelancaran dijangka tahun ini juga?

SAH: Kod model D66B untuk Perodua Nexis, D03B untuk Toyota Yaris Cross - pelancaran Malaysia tahun 2024? 02

Bagi anda yang belum tahu, Toyota Yaris Cross adalah kembar kepada SUV Perodua akan datang yang sinonim dengan nama Nexis – antara nama yang ditanda dagang oleh Perodua dalam agensi pendaftaran harta intelek MyIPO. Menariknya, keratan daripada sumber tersebut dengan jelasnya menayangkan nama Perodua Nexis, sekaligus menguatkan lagi fakta bahawa nama model yang Perodua bakal guna nanti sememangnya adalah Nexis.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SAH: Kod model D66B untuk Perodua Nexis, D03B untuk Toyota Yaris Cross - pelancaran Malaysia tahun 2024? 01

Soal trenkuasa, model di pasaran jiran menawarkan Toyota Yaris Cross dengan enjin 1.5L NA 2NR-VE (106 PS/138 Nm) yang dipadankan dengan transmisi CVT. Varian hibrid pula datang dengan nadi 1.5L 2NR-VEX (91 PS, 121 Nm) yang dibantu oleh motor elektrik berkuasa 80 PS/121 Nm. Sumber tenaga ini dipadankan dengan transmisi CVT.

SAH: Kod model D66B untuk Perodua Nexis, D03B untuk Toyota Yaris Cross - pelancaran Malaysia tahun 2024? 02

Sebagai kembar kepada SUV ini, Perodua Nexis juga dijangka hadir dengan trenkuasa sama tetapi varian hibrid yang mungkin menjadi hibrid (HEV) pertama Perodua juga mungkin diperkenalkan kemudian.

Juga bacaKereta Perodua hibrid pertama menyusul tahun 2024, sasar EV atasi enjin konvensional menjelang 2030!

SAH: Kod model D66B untuk Perodua Nexis, D03B untuk Toyota Yaris Cross - pelancaran Malaysia tahun 2024? 03

Berdasarkan sumber tersebut juga, pembangunan D66B dimaklumkan telah bermula sejak September 2022 lagi. Bagi anda yang belum tahu, penganalisis bank pelaburan tempatan pernah mengeluarkan maklumat bahawa SUV segmen B ini akan dilancarkan pada awal 2024. Tetapi dengan skandal keselamatan yang menghantui Daihatsu sekarang, ini dijangka mengalami kelewatan. Begitu juga dengan Toyota Yaris Cross.

Juga bacaSkandal Daihatsu: Sijil pematuhan Gran Max dan dua model lain dibatalkan selepas ujian keselamatan

Oleh itu, tunggu laporan lanjut dari kami sementara pelancaran kedua-dua SUV paling dinantikan ini berlangsung.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Yaris Cross International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda