Rupa Mitsubishi Xpander tak cukup 'xtreme'? Tambahlah kit badan Vazooma-X!
Zamil Syaheer · Sep 21, 2020 12:50 PM
0
0
Mitsubishi Xpander, pencabar kepada Perodua Aruz dan Honda BR-V bakal dilancarkan di pasaran kita tidak lama lagi. Dengan reka bentuk Dynamic Shield yang agak berani, ia memberikan perasaan ‘suka ataupun benci’ (love it or hate it) bergantung kepada individu.
Pada yang suka pula, bagaimana jika anda rasa nak membuatkan rupa Xpander ini jauh lebih agresif?
Jawapannya ialah kit badan Vazooma-X! Kit badan ini direka oleh syarikat bernama TERstudio di Thailand.
Kalau perasan, memang banyak pereka kit badan untuk kereta seperti ini dibuat di Thailand kalau kerana pasaran mereka mempunyai banyak permintaan.
Kit badan Vazooma-X ini merangkumi penambahan skirting untuk bampar depan dengan lubang lampu sirip LED, skirting sisi, sirip fender, spoiler belakang dan juga skirting belakang yang merangkumi diffuser dan empat lubang ekzos palsu.
Pembeli mempunyai pilihan kemasan untuk sirip tengah di bahagian bampar belakang dan depan, sama ada mengikut warna badan ataupun kemasan perak (dimana ia dipanggil Vazooma-XT).
Jika anda inginkan rupa yang lebih unik, anda boleh menukar gril depan ke rekaan Apollo. Ia membuatkan rupa depan nampak ala robot jahat Decepticon dari siri Transformers!
Kalau tak cukup garang juga, anda boleh menambah hud enjin (hood scoop) bagi melengkapkan transformasi eksterior.
Amacam korang, suka tak kit badan Vazooma-X ini? Ke korang rasa ia terlalu agresif? Tinggalkan komen anda di bawah!
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.