window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RM 91k untuk Mitsubishi Xpander atau Toyota Rush mana yang berbaloi?

Haris · Nov 15, 2020 02:00 PM

RM 91k untuk Mitsubishi Xpander atau Toyota Rush mana yang berbaloi? 01

Semenjak pelancaran Perodua Aruz, Toyota Rush tampak diketepikan daripada senarai kenderaan penumpang 7 tempat duduk pilihan bawah RM 100k. Walaupun nasibnya kedengaran seperti dalam limbo, Toyota Rush sebenarnya masih dijual secara rasmi oleh Toyota.

RM 91k untuk Mitsubishi Xpander atau Toyota Rush mana yang berbaloi? 01

Masih berbaloi juga pada RM 91k

Kehadiran Mitsubishi Xpander pada harga RM 91k sedikit menyegarkan minat pasaran terhadap kenderaan 7 penumpang. Diposisikan sebagai crossover, Mitsubishi Xpander adalah pesaing sebenar kepada Toyota Rush yang diposisikan sebagai SUV.

RM 91k untuk Mitsubishi Xpander atau Toyota Rush mana yang berbaloi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Model

Mitsubishi Xpander

Toyota Rush 1.5S (varian paling atas)

Harga

RM 91,369

RM91,885

Jurang perbezaan harga adalah sebanyak RM 516 sahaja! Hal ini menjadikan kedua-dua model mempunyai bayaran bulanan sekitar RM 1,075 hingga RM 1,729

Masih keliru mana nak pilih? Semak perbandingan di bawah.

Trenkuasa

Mitsubishi Xpander    

Toyota Rush      

Kuasa kuda

105 PS

105 PS

Tork

141 Nm

136 Nm

Berat kenderaan

1,250 kg

1,305 kg

Berdasarkan trenkuasa yang ditawarkan, Mitsubishi Xpander mempunyai lebih tork pada 141 Nm dengan berat kenderaan cuma 1,250 kg. Tork dan berat kenderaan merupakan keutamaan bagi mereka yang mahu mengangkat muatan yang sedikit banyak berbanding biasa.

RM 91k untuk Mitsubishi Xpander atau Toyota Rush mana yang berbaloi? 01

Bahagian Luaran

Mitsubishi Xpander

Toyota Rush 

Jarak Kelegaan Tanah

205 mm

220 mm

Rel bumbung

Casis

Monocoque

Ladder frame

Rim

16 inci aloi

17 inci aloi

Radius pusingan

5,200 mm

5,200 mm

Pacuan

Hadapan (FWD)

Belakang (RWD)

Lampu

LED

LED

RM 91k untuk Mitsubishi Xpander atau Toyota Rush mana yang berbaloi? 02

Jika anda jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi adalah keutamaan anda, Toyota Rush adalah pilihan utama anda. Rel bumbung sebagai fungsi tambahan mengikat barang? Tiada masalah pada Toyota Rush.

RM 91k untuk Mitsubishi Xpander atau Toyota Rush mana yang berbaloi? 03

Walaubagaimanapun, penggunaan casis monocoque pada Mitsubishi Xpander sedikit sebanyak menyumbang kepada keselesaan pemanduan berbanding casis ladder frame pada Toyota Rush. Untuk kenderaan 7 penumpang, keselesaan penumpang adalah keutamaan. 

RM 91k untuk Mitsubishi Xpander atau Toyota Rush mana yang berbaloi? 04

Bahagian Dalam

Mitsubishi Xpander

Toyota Rush 

Pelarasan stereng

Telescopic

Tilt 

Beg udara

2 beg udara

6 beg udara

Skrin infotainment

9 inci

6.8 inci

Hiburan

Apple Carplay dan Android Auto

Screen Mirroring, Bluetooth, USB dan AUX

Rim

16 inci aloi

17 inci aloi

Kemasan dalaman

Kulit

Kulit

Speaker

6

6

Mitsubishi Xpander hadir dengan skrin infotainment paling besar dalam kelasnya ditambah pula dengan fungsi Apple Carplay dan Android Auto.

RM 91k untuk Mitsubishi Xpander atau Toyota Rush mana yang berbaloi? 05

Sistem infotainment Mitsubishi Xpander

Toyota Rush menang dalam aspek keselamatan dengan tawaran 6 beg udara berbanding hanya 2 beg udara pada Mitsubishi Xpander.

RM 91k untuk Mitsubishi Xpander atau Toyota Rush mana yang berbaloi? 06

6 beg udara pada Toyota Rush

Ciri dan kelengkapan

Mitsubishi Xpander

Toyota Rush 

Blind Spot Monitor

Rear Cross Traffic Alert

Pre Collision System

Auto headlight

Sensor parking

Belakang sahaja

Depan dan belakang

Corong penyaman udara belakang

Dashcam

Kamera 360 darjah

Paparan panorama

Toyota Rush mengekalkan dominasi dalam aspek keselamatan dengan pelbagai tambahan ciri-ciri keselamatan. Walaubagaimanapun, Mitsubishi Xpander tidaklah begitu kekurangan dengan tawaran kelengkapan yang ada.

Aspek tambahan lain

RM 91k untuk Mitsubishi Xpander atau Toyota Rush mana yang berbaloi? 07

Jika dilihat daripada aspek yang lebih terbuka, kedua-duanya mempunyai 7 tempat duduk tetapi Mitsubishi Xpander dikatakan lebih selesa untuk penumpang dewasa pada baris ketiga. Aspek ini lebih kepada ujian dunia nyata sendiri oleh pembeli yang berminat.

Aspek ruang sememangnya menjadi kekuatan Mitsubishi Xpander dengan pelbagai ruang tersembunyi yang versatil. 

RM 91k untuk Mitsubishi Xpander atau Toyota Rush mana yang berbaloi? 08

Toyota Rush pula lebih terkenal dengan ketahanan dan praktikaliti. Kajian mendapati bahawa tempat duduk baris ketiga kurang dimanfaatkan. Oleh itu, Toyota Rush memilih casis ladder frame bagi meningkatkan lagi ketahanan model ini dalam mengangkut barang.

RM 91k untuk Mitsubishi Xpander atau Toyota Rush mana yang berbaloi? 09

Selain dari itu, kedua-duanya mempunyai sokongan selepas jualan yang bagus, oleh itu, ia bergantung kepada anda untuk menentukan yang mana satu lebih baik. Rekaan masing-masing juga tertakluk kepada citarasa masing-masing, jadi tepuk dada tanya selera. Harga pun beza RM 500 sahaja kan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda