RM 800 juta saman tertunggak. JPJ bakal senarai hitam lesen memandu pesalah!
Haris · Jul 14, 2020 11:00 AM
0
0
Sejak tahun 2010, terdapat sebanyak 2.7 juta saman berjumlah RM 800 juta secara keseluruhannya belum diselesaikan oleh pesalah trafik.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shahruddin Khalid berkata saman tersebut merangkumi kesalahan seperti memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tiada lesen memandu.
"JPJ akan mengambil tindakan kepada pengguna jalan raya yang tidak mahu membayar saman tertunggak antaranya dengan menyenarai hitam nama mereka sekiranya memperbaharui lesen memandu," katanya dalam temu bual dengan Bernama hari ini.
Dalam perkembangan lain, Shahruddin turut berkata pihak JPJ sedang menyelaraskan had laju maksimum pada kelajuan 110 km/j di semua laluan lebuh raya utama seluruh Malaysia.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.