window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan?

Mersita · Mar 25, 2023 04:00 PM

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 01

Siapa tak kenal Honda Civic, model lambang ‘H’ yang digilai ramai. Honda Civic generasi FE terkini sememangnya menarik perhatian ramai dengan rupa bentuknya yang mengancam, namun kebanggaan pemandunya bukan terhenti di sana saja – ia tampil dengan kelengkapan dan teknologi canggih berserta pemanduan menggiurkan.

Dahulu, Civic hanya boleh didapati dengan enjin 1.5 liter VTEC Turbo 4 silinder yang menjana 182 PS dan 240 Nm. Kini, ia hadir dengan trenkuasa kedua setelah melangkau satu generasi iaitu enjin berkuasa hybrid elektrik-petrol. Apa yang kami boleh katakan, sistem ini jauh lebih bagus berbanding VTEC Turbo.

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tambahan pula, kelengkapan seperti sambungan Android Auto dan Apple CarPlay nirwayar berserta ADAS Honda Sensing (terutamanya LSF, dll.) cukup menjadikan jentera ini satu kebanggaan dan kesenangan buat pemandunya.

Sebelum kita dalami pengalaman pemanduan kami sejauh kira-kira 1,000 km ulang-alik Kuala Lumpur – Johor dengan campuran pemanduan di lebuh raya dan jalan kampung, eloklah kiranya kita rumuskan dulu risalah jualan Honda Civic e:HEV RS ini:

  • Harga: RM 166,500
  • Enjin: 2.0 liter, ‘naturally-aspirated’ (NA) hybrid
  • Puncak kuasa: 184 PS motor, 143 PS enjin
  • Puncak tork: 315 PS motor, 189 Nm enjin
  • Transmisi: CVT (beltless, set gear planetary)
  • Pecutan 0-100 km/j: 7.9 saat (dakwaan)
  • Penggunaan minyak: 4.0 liter/100 km (dakwaan)
  • Waranti: 5 tahun / ‘mileage’ tanpa had, 8 tahun / ‘mileage’ tanpa had untuk bateri hybrid

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 01

Warna rim berbeza dan lencana biru pada varian hybrid antara perbezaan ketara dengan varian turbo

Apa pula perbezaan Honda Civic hybrid ini dengan varian Turbo? Selain lencana Honda berwarna biru dan rim 18 inci dwi-tona krom hitam, Civic e:HEV RS didatangkan dengan:

  • Panel instrumen (meter) lebih besar – 10.2 inci, digital sepenuhnya. Varian Turbo bersaiz 7 inci dan separuh analog, separuh digital
  • Penghawa dingin dwi-zona automatik
  • Pengecas telefon nirwayar
  • Efek bunyi ngauman enjin hasil sintesis audio menerusi ‘speaker’ kabin apabila mod ‘Sport’ diaktifkan

Prestasi trenkuasa hybrid Civic e:HEV RS – puas dan selesa

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 02

Seperti yang dinyatakan di atas, prestasi enjin hybrid ini ternyata lebih bagus dan diperhalusi. Berbeza dengan Honda HR-V dimana varian hybridnya terasa ‘kurang’ sedikit berbanding enjin berpengecas turbo, Civic hybrid dengan enjin lebih besar amat memuaskan dan pantas menyalur kuasa apabila dipinta.

Tiada gegaran dirasai di dalam kabin dan enjinnya senyap seolah-olah memandu EV, kemudian mengaum enak apabila dipacu laju dengan pecutan pantas lagi selesa. Apabila dipandu relaks dan meluncur pada kelajuan sekata, hybrid berbateri 1.05 kWh dwi-motor ini bukan saja jimat minyak, perjalanan juga selesa tanpa bunyi dan gegaran di ruang kabin.

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 03

Ya, enjinnya yang besar - 2.0 liter ‘naturally aspirated’ – dan dipertingkatkan ternyata lebih memuaskan berbanding enjin turbo 1.5 liter. Walaupun kuasa 184 PS pada Civic hybrid ini tidak banyak bezanya dengan varian berpengecas turbo (lebih 2 PS saja), perbezaan dapat dirasai pada tork tambahannya yang 75 Nm lebih tinggi.

Motornya saja sudah menjana 315 Nm manakala enjinnya 189 Nm. Namun, puncak tork motornya berada pada 2,000 rpm manakala puncak pada enjinnya pada 4,500 rpm.

Hybrid + Civic - ‘power’ dan jimat minyak jarang ada dalam pakej lain

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 04

Bacaan 3.5 liter/100 km jika dipandu macam siput. Jika dipandu seperti biasa, 4.5 liter/100 km lebih masuk akal

Semua kuasa ini, dalam pakej jimat minyak. Disebabkan oleh sistem hybrid penuh dwi-motor ini, pacuannya amat lancar dan efisien. Kotak gear tradisional kini digantikan dengan set gear planetari – satu motor kecil di dalamnya berfungsi hanya sebagai penjana (generator) bagi mengecas bateri bervoltan tingginya, manakala motor-generator lebih besar pula menghidupkan kereta, menggerakkan kereta, dan juga mengecas bateri voltan tinggi ini.

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 05

Jika anda mahu lihat sendiri pergerakan sistem ini dan peta operasinya pada setiap fasa pemanduan, anda boleh dapatkan visualnya di panel instrumen dan skrin infotainmen

Sistem hybrid pintar ini akan menetapkan kaedah pacuan paling optimum untuk pemanduan anda, oleh itu pandu saja seperti biasa. Jika anda rasa kereta terlalu senyap dan pemanduan terasa sedikit bosan, aktifkan mod ‘Sport’ dan lenjan – bunyi enjin disintesis akan keluar dari ‘speaker’ untuk beri anda ‘feel’ ngauman enjin.

Oleh kerana ‘boost’ pecutan datang dari motor elektrik dan bukannya pengecas turbo, pecutannya lancar dan lembut tapi pantas responnya. Penggunaan minyak Civic hybrid didakwa mencapai 4.0 liter/100 km, dan angka ini boleh dicapai walau dipandu dalam kondisi biasa.

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 06

Paparan mod Sport, disertakan sekali dengan bunyi ala-ala enjin mengaum dari speaker kabin

ADAS Honda Sensing terbaik – aktifkan LSF dan kereta berhenti, bergerak sendiri!

Tak dinafikan, teknologi bantuan pemandu Honda Sensing sememangnya antara yang terbaik. Kami pun cubalah fungsi Low Speed Follow (LSF) dan ternyata ia paling berguna apabila anda tersekat dalam kesesakan trafik.

Dengan adanya kamera Honda Sensing bersudut luas, anda tak perlu tekan pedal brek dan minyak pun – ia boleh mengesan kenderaan di hadapan dan di lorong bersebelahan dan kereta boleh bergerak dan berhenti dengan sendirinya mengikut pergerakan kenderaan sekeliling.

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 07

Ketepatan dan kualiti mesra pengguna Honda Sensing user antara yang terbaik. LSF boleh kesan kereta di lorong bersebelahan. Grafiknya juga memaparkan status lampu brek, lampu depan dan signal kereta.

Caranya bergerak dan berhenti sendiri pun tidak menggerunkan kerana breknya cukup lembut dan ‘natural’, amat responsif dengan kondisi sekelilingnya. Apabila kereta di hadapan mula bergerak, anda hanya perlu tekan punat di stereng (sesuai supaya anda tak mengantuk) dan Civic anda akan bergerak sendiri, kemudian berhenti apabila perlu.

Jika pedal brek ditekan, fungsi ini akan dinyahaktif secara automatik. Oleh itu, anda boleh rehatkan kaki dan nikmati ‘traffic jam’ dengan mudah.

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 08

Kereta di depan memotong, grafiknya ikut sekali secara 'live'

Fungsi Sensing ini masih boleh berfungsi dengan baik walaupun dalam cuaca hujan. Tapi, jangan jadi bodoh – pastikan anda masih mengawal kenderaan 100 peratus dan gunakan fungsi-fungsi canggih ini di jalan lurus dalam cuaca cerah sahaja.

Bagaimanapun, anda masih boleh percayakan kamera pengesan titik buta kereta ini iaitu Honda Lane Watch. Kamera di bawah cermin sisi kiri akan merakam pemandangan luas di sebelah kiri kereta dan ia dipaparkan di skrin infotainment untuk pandangan lebih jelas. Oleh itu, anda boleh melihat samada cermin sisi kiri ataupun skrin infotainment apabila lampu signal diaktifkan.

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 09

Segelintir orang mempersoalkan fungsinya yang hanya ada di sebelah kiri. Namun, ini sebenarnya sesuatu yang bagus supaya anda tidak perlu melihat skrin infotainment di konsol tengah (pandangan pemandu ke kiri) semata-mata untuk membelok ke kanan. Selain menyusahkan, ia juga berpotensi mengundang bahaya.

Selain itu, kami perasan satu perubahan pada Civic hybrid berbanding model-model terdahulu yang turut dilengkapi Sensing, Kami dapati Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lane Keep Assist (LKAS) pada Civic hybrid ini sudah tidak mengemudi kereta ke sisi kiri lorong yang dipandu seperti Sensing terdahulu.

Tetapan cenderung ke kiri ini adalah disebabkan oleh kebiasaan di negara-negara tertentu, dimana motosikal sepatutnya memotong kenderaan lain dari sebelah kanan. Oleh itu, kebanyakan ACC dan LKAS kereta dibangunkan dengan tetapan ke kiri lorong dan bukannya mengekalkan kereta di tengah-tengah lorong.

Kami pasti anda pun tahu, tabiat memotong di sebelah kanan ini tidak dipraktikkan di Malaysia. Adakah tetapan baru ini satu penyesuaian untuk jalan raya kita? Itu kami tak pasti, yang penting perubahan positif ini menjadikan pemanduan kami lebih selesa di lebuh raya.

Ruang kabin Civic hybrid ‘sporty’ dan premium, tapi tempat duduk kurang selesa

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 10

Setakat ini, semuanya ‘best’ belaka. Tapi, bagaimana pula keselesaan pemandu dan penumpang? Duduk berjam-jam dalam perjalanan jauh mungkin kurang selesa untuk kedua-dua pihak, samada duduk di depan atau di belakang. Selain kusyennya yang nipis, material tempat duduk spesifikasi RS jenis gabungan suede-kulit menjadikannya lebih tidak selesa. Kusyen dalam tempat duduk bersarung kulit varian V terasa lebih banyak.

Walaupun anda akan rasa tenggelam duduk di kerusinya, tulang ekor dan otot belakang akan terasa kebas setelah memandu lebih sejam setengah atau dua jam. Bagi penumpang berketinggian 180 cm, sememangnya duduk di kerusi penumpang hadapan terasa sangat luas. Namun, reka bentuk kerusi dan posisinya terasa sedikit janggal – kaki dilunjurkan terlalu lama pun boleh terasa kurang selesa. Apatah lagi keluar dari kereta yang sememangnya terkenal dengan sandang rendah (low slung), kebasnya terasa.

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 11

Tempat duduk kurang selesa jadi kelemahan terbesar Civic ini

Malangnya, ini sajalah kekurangan yang dirasai dalam model berpakej hebat ini. Alangkah baiknya jika kerusinya seselesa Toyota Corolla Altis, pastinya Civic e:HEV RS jadi antara model terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran masa kini.

Harga Civic hybrid, RM 166,500, mungkin agak tinggi. Namun, ia masuk akal kerana tanpa insentif cukai, Civic hybrid generasi FB dahulunya dijual pada harga RM 185k. Memandangkan Malaysia sudah menghapuskan insentif untuk kenderaan hybrid dan menyerapnya dibawah polisi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), tidak hairanlah harganya begitu.

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 12

Sebagai konteks, HR-V Hybrid 1.5 liter varian rendah RM 6k lebih mahal berbanding HR-V Turbo berkapasiti sama. Enjin 2.0 yang lebih besar di dalam Civic hybrid pastinya akan lebih mahal kira-kira RM 16k berbanding Civic turbo.

Jika anda mahukan sebuah sedan segmen C dan sedang memilih antara Corolla Altis dan Civic hybrid, tanya soalan ini pada diri sendiri – adakah keselesaan pemanduan perkara paling penting untuk anda? Mungkin Civic bukan untuk anda. Tapi, dalam aspek-aspek lain seperti yang dinyatakan di atas, ternyata Civiclah juara.

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan? 13

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda