Proton X70 generasi baru bakal guna platform CMA - kembar Volvo XC40?
Faisal · Dec 8, 2020 09:00 PM
0
0
Geely Boyue (Proton X70) kini telah berusia 5 tahun sejak pelancaran pertamanya di China pada tahun 2015.
Maka itu, model penggantinya akan dilancarkan di China tidak lama lagi. Sewaktu Geely Automobile Holdings Limited membentangkan pelan kepada pelaburnya pada November yang lalu, mereka turut berkongsikan mengenai perancangan mereka untuk mengumumkan 4 model baru pada tahun 2021. Antaranya ialah Geely Boyue generasi kedua dimana ia akan dibina berdasarkan platform CMA.
Memandangkan pengumuman itu berada di bawah konteks ‘preliminary new products’ (produk baru dalam fasa awal), kami menjangkakan bahawa Geely Boyue generasi kedua hanya akan dilancarkan pada tahun 2022.
Setakat ini, media di China tidak mempunyai sebarang butiran mengenai Geely Boyue 2022.
Bilakah pelancaran Proton X70 generasi kedua?
Sebelum pelancaran tempatan pada Februari yang lalu, Proton X70 sebenarnya telah memulakan produksinya sejak akhir tahun 2019.
Kami menjangkakan bahawa produksi Proton X70 sekarang akan diteruskan sekurang-kurangnya untuk 5 tahun lagi. Oleh itu, Proton mungkin akan mengambil model facelift terus dimana ia mungkin dilancarkan pada tahun 2025.
Apa maksud platform CMA?
Geely Boyue sekarang dibina berdasarkan platform Geely sendiri dimana ia telah diungguli oleh platform BMA dan CMA yang lebih baru.
Untuk maklumat anda, Proton X50 menggunakan platform BMA manakala Platform CMA (Compact Modular Architecture) yang lebih mahal pula digunakan pada model seperti Volvo XC40 dan Polestar 2.
Dalam erti kata lain, Geely Boyue generasi kedua akan menjadi Proton pertama yang boleh dianggap sebagai sebuah Volvo.
Untuk pengetahuan anda, platform CMA adalah platform SPA (Scalable Platform Architecture) yang lebih ringkas.
Menurut Volvo, perbezaan yang paling ketara di antara mereka ialah platform CMA tidak boleh menampung motor elektrik untuk memacu roda belakang (Electric Rear Axle Drive). Namun begitu, ia masih boleh menampung pacuan semua roda secara mekanikal (mechanical all-wheel drive).
Geely Boyue 2022 bakal menggunakan enjin 1.5L turbo 3-silinder yang terdapat pada Proton X50. Malah Proton X70 yang dieksport juga sudah didatangkan dengan enjin ini.
Pada masa yang sama, Geely Boyue 2022 akan hadir dengan pilihan hibrid sederhana (mild hybrid) atau hibrid plug-in. Piawaian yang lebih ketat di China pula bermaksud hanya varian hibrid sahaja yang akan dijual di sana. Enjin turbo yang biasa pula akan digunakan di negara yang sedang membangun seperti di Malaysia.
Di samping itu, sistem pemanduan sendiri juga bakal menampilkan penambahbaikan pada Geely Boyue generasi kedua. Untuk maklumat anda, Proton X70 sekarang tidak mempunyai kawalan pelayaran adaptif dan sistem parkir sendiri. Kedua-dua ciri ini sebenarnya didatangkan pada model-model baru yang menggunakan platform CMA.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.