window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X50 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 86k, NVH lebih mantap, infotainment lebih hebat, but belakang berkuasa

Faisal · Jun 4, 2024 10:50 AM

Proton X50 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 86k, NVH lebih mantap, infotainment lebih hebat, but belakang berkuasa 01

Proton X50 telah beransur di Malaysia sejak 2020 lagi dan jualannya kekal laris sehingga ke hari ini.

Sebentar tadi pula, Proton X50 2024 telah diperkenalkan yang mana ia menampilkan beberapa pembaharuan.

Proton X50 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 86k, NVH lebih mantap, infotainment lebih hebat, but belakang berkuasa 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara amnya, X50 2024 kekal trenkuasa sama dengan penawaran 4 varian seperti sebelum ini. Harga kekal sama seperti berikut:

  • 1.5T Standard – (RM 86,300)
  • 1.5T Executive – (RM 93,300)
  • 1.5T Premium – (RM 101,800)
  • 1.5 TGDi Flagship – (RM 113,300)

Proton X50 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 86k, NVH lebih mantap, infotainment lebih hebat, but belakang berkuasa 01

Antara pembaharuan yang diterapkan ialah but belakang berkuasa untuk varian Premium dan Flagship. Sebelum ini, ia hanya sebagai aksesori tambahan.

Proton X50 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 86k, NVH lebih mantap, infotainment lebih hebat, but belakang berkuasa 02

Selain itu, Proton mendakwa bahawa terdapat lebih 20 bahan peningkatan NVH untuk menjadikan SUV ini lebih senyap dan lebih selesa.

Menariknya, kami turut diberitahu bahawa transmisi DCT 7-kelajuan kini mempunyai nisbah lebih pendek untuk pemanduan lebih lancar.

Proton X50 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 86k, NVH lebih mantap, infotainment lebih hebat, but belakang berkuasa 03

Di samping itu, infotainment 10.3-inci kini hadir dengan unit pemprosesan quad-core kembar baru, RAM 2 GB dan kapasiti storan 64 GB. Proton mendakwa bahawa prestasi unit baharu ini jauh lebih pantas.

Bercakap soal infotainment, ia kini standard pada semua varian. Cumanya, Apple CarPlay dan Android Auto masih belum dilengkapkan.

Proton X50 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 86k, NVH lebih mantap, infotainment lebih hebat, but belakang berkuasa 04

Pada masa yang sama, kamera 360-darjah untuk kali ini mempunyai 3.3x lebih pixel. dan ia buat pertama kalinya datang dengan amaran titik buta dengan imej 3D sewaktu anda menukar lorong, serupa dengan ciri yang ada pada Proton X90. Siste m kamera 360-darjah hadir eksklusif pada varian Premium dan Flagship.

Proton X50 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 86k, NVH lebih mantap, infotainment lebih hebat, but belakang berkuasa 05

Dari segi trenkuasa, semua varian kecuali Flagship kekal dengan enjin 1.5L turbo 3-silinder bersuntikan multi-point (150 PS, 226 Nm).

Varian Flagship pula dengan nadi bersuntikan direct injection (177 PS255 Nm).

Secara amnya, Proton X50 2024 datang dengan pilihan warna Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue dan Passion Red.

Proton X50 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 86k, NVH lebih mantap, infotainment lebih hebat, but belakang berkuasa 06

5,000 tempahan terawal akan menerima rebat tunai RM 7,000 (Executive, Premium & Flagship) dan sokongan tukar ganti RM 1,500 (untuk Proton) / RM 1,000 (untuk jenama lain).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda