Proton sekali lagi mengeluarkan peringatan kepada pemilik Proton Perdana yang belum menukar pengembung beg udara mereka agar segera melaksanakannya. Setakat Jun 2021, masih ada lagi 568 pemilik yang belum berbuat demikian.
Untuk maklumat anda, Proton buat pemanggilan semula berkenaan pengembung beg udara Takata sejak Januari 2019 lagi iaitu melibatkan 6,342 pemilik. Kereta yang terlibat adalah model Perdana dari tahun 2012 hingga 2018. Model Proton yang lain pula tidak terlibat langsung kerana beg udaranya diambil dari pembekal lain.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Dengan itu, pemilik proton perdana terlibat yang masih belum menukar pengembung beg udara mereka disarankan membuat temujanji di mana-mana cawangan pusat servis Proton yang berdekatan.
Apapun, pihak Proton memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi oleh pemilik Proton Perdana yang terlibat.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Proton Customer Care Hotline di 1-800-888-398 atau hantarkan e-mail ke customercare@proton.com untuk sebarang bantuan.
Juga baca: Kepada semua pemilik Proton Perdana, sudahkah anda mengganti pengembung beg udara anda?
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });