Proton Saga baru sahaja dilancarkan di Nepal dengan harga bermula RM 123k untuk varian rendah. Ya, model kegemaran rakyat Malaysia ini berharga 4 kali ganda mahal apabila dibawa ke Nepal.
Setelah dilancarkan di Kenya dan Mesir, Proton memilih Nepal untuk menjual model pengenalan ini. Model Proton di sana diedarkan secara rasmi oleh Jagdamba Motors Pvt. Ltd dan Proton Saga adalah model Proton pertama yang dilancarkan di sana.
Terdapat dua varian yang tersedia untuk Proton Saga spesifikasi Nepal iaitu 1.3 Standard MT dan 1.3 Premium AT.
Harga bagi sebuah Proton Saga di Nepal mencapai ratusan ribu ringgit dengan Standard MT bermula dari 3.5 juta rupee Nepal (RM 122,716) sementara Premium AT bermula dari 3.95 juta rupee Nepal (RM 136,542).
Harga yang tinggi tersebut adalah disebabkan oleh struktur percukai Nepal yang mengenakan duti sebanyak 200% pada kenderaan yang import. Nepal tidak mempunyai industri automotif yang mapan di samping jalan raya yang terhad hasil daripada faktor geografi negara ini.
Pada harga sedemikian, Proton Saga menggunakan enjin 1,299 cc (91 PS/117 Nm) seperti yang terdapat pada spesifikasi Pakistan dengan gandingan transmisi manual 5-kelajuan atau transmisi automatik 4-kelajuan.
Model Proton Saga spesifikasi Nepal dilengkapi dengan penyaman udara, blower dan unit pemanas. Spesifikasi ini sama dengan model Proton Saga di Mesir.
Varian Premium AT juga dilengkapi dengan kawalan kestabilan.
Selain daripada enjin bersesaran yang kecil, unit penyaman udara dan pemanas, Proton Saga di Nepal berkongsi ciri dan kelengkapan yang sama dengan unit tempatan.
Ini termasuklah beg udara berganda, sensor parkir belakang, ABS dengan EBD dan bantuan brek, serta skrin infotainment 7 inci berasaskan Android.
Proton Saga di Nepal hadir dengan jaminan 5 tahun / 150,000 km. Jagdamba Motors Pvt. Ltd. dijangka akan melancarkan Proton X70 di Nepal pada akhir tahun ini.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2022 Proton Saga 1.3 Standard MT
Upgrade
Add your car