window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga: Cuma RM 3,000 untuk kos jagaan lebih 5 tahun/100,000 km

Mersita · Jun 3, 2020 02:54 PM

Proton Saga: Cuma RM 3,000 untuk kos jagaan lebih 5 tahun/100,000 km 01

Dalam pasaran sedan Segmen A, Proton Saga merupakan sedan entry-level Proton dan saingan kuatnya adalah Perodua Bezza. Kedua buah kereta ini sering dibanding-bandingkan dalam pelbagai aspek seperti kecekapan minyak dan macam-macam lagi.

Dalam artikel ini, jom kita kaji dan lihat berapa banyak kos penjagaan dan insurans bagi Proton Saga dalam jangka masa 5 tahun.

Proton Saga: Cuma RM 3,000 untuk kos jagaan lebih 5 tahun/100,000 km 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai permulaan, Proton Saga mesti ditukar minyak enjinnya bila sampai kilometer ke 1,000 dan kosnya adalah RM 121.09.

Apabila kereta dah sampai kilometer ke 60,000 atau selepas 36 bulan, kos bagi servis varian automatik Saga pula berjumlah RM 632.89. Kosnya tinggi sedikit kerana servis ini agak menyeluruh dimana pemilik harus menukar spark plug, penapis udara, penapis minyak dan automatic transmission fluid (ATF).

Proton Saga: Cuma RM 3,000 untuk kos jagaan lebih 5 tahun/100,000 km 01

Bagi Saga varian manual pula, bila dah sampai kilometer ke 60,000, kosnya cuma RM 331.92 kerana manual transmission fluid (MTF) hanya perlu ditukar bila dah capai kilometer ke 100,000.

Proton Saga: Cuma RM 3,000 untuk kos jagaan lebih 5 tahun/100,000 km 02

Pada kilometer ke 110,000 atau selepas 66 bulan pula, pemilik Proton Saga harus keluarkan RM 633.85 kerana timing belt sudah patut diganti pada tahap ini.

Dalam jangka masa 5 tahun atau pada kilometer ke 100,000, pemilik varian automatik Saga harus berbelanja dalam RM 3,008 untuk servis kereta, manakala pemilik varian manual pula harus keluarkan RM 2,776. Harga ini tidak termasuk kos penukaran timing belt pada kilometer ke 110,000 dan item pilihan yang ditawarkan pusat servis yang dikunjungi.

Proton Saga: Cuma RM 3,000 untuk kos jagaan lebih 5 tahun/100,000 km 03

Dalam hal kos insurans pula, pemilik Saga 1.3 Standard MT perlu keluarkan lebih kurang RM 1,080, manakala insurans bagi varian 1.3 Standard AT pula bernilai RM 1,130. Proton Saga 1.3 Premium AT pula, insuransnya bernilai RM 1,208.

Perlu diingatkan bahawa harga-harga yang dinyatakan di atas mengambil kira yang pemandu tiada NCD serta loading dan ini tidak termasuk perlindungan tambahan seperti perlindungan cermin depan atau banjir.

Semoga membantu!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda