Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji?
Faisal · May 13, 2022 07:00 PM
0
0
Sewaktu majlis pelancaran Proton Saga MC2 semalam, CEO Proton Dr Li Chunrong berkata, “Sepanjang 2 tahun ini, kami akan melancarkan sekurang-kurangnya 3 model baru”.
Kenyataan rasmi ini nampaknya memberikan petunjuk yang lebih kukuh mengenai model baharu Proton pada masa akan datang.
Proton X90 yang berasaskan Geely Haoyue – SUV paling besar
Kelibat model ini telah banyak kali dijumpai di Malaysia.
Di China, SUV yang berasaskan Geely Haoyue ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.8L turbo (184 PS, 300 Nm) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan.
Di Filipina pula (dikenal di sana sebagai Geely Okavango), model ini datang dengan enjin hibrid sederhana 1.5L turbo 3 silinder yang menghembuskan 190 PS dan 300 Nm tork.
Menariknya, pengumuman Dr Li semalam lebih kurang pasti bahawa Proton X90 yang hangat diperkatakan ini hanya akan dilancarkan pada tahun 2023.
Di China, Jiaji dijual dengan enjin 1.5L turbo 3 silinder atau enjin 1.8L turbo. Enjin 3 silinder tersebut menghasilkan 177 PS dan 255 Nm tork (seperti yang Proton X50 guna). Yang hebatnya, ia boleh menyokong sistem hibrid sederhana 48V yang menghembuskan jumlah output kepada 190 PS dan 300 Nm tork.
Sedan berasaskan Geely Emgrand – Sedan Proton pertama yang dijenamakan semula?
Proton Persona model sekarang telah diperkenalkan pada tahun 2016 dan pada tahun hadapan, generasi ini akan masuk usia 7 tahun.
Awal tahun ini, sumber yang arif telah mengesahkan bahawa Geely Emgrand yang baru diperkenalkan tempoh hari akan menjadi asas kepada sedan baharu Proton.
Dengan jarak roda 2,650 mm, keluasan kabin Geely Emgrand sebenarnya mencecah tahap sedan segmen C, Proton Preve misalnya.
Secara teknikal, Geely Emgrand dibangunkan berasaskan platform BMA, sama seperti Proton X50. Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada model pengganti Persona ini akan guna enjin turbo macam X50 atau NA seperti di China.
Berkenaan Proton Saga sendiri, model facelift kedua (MC2, Minor Change 2) baru sahaja dilancarkan semalam. Jadi, keluarannya mungkin beransur untuk beberapa tahun lagi.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.