Porsche Cayenne lebih luas dalam perancangan - SUV 3-baris yang bakal bersaing dengan X7 & GLS, pelancaran selepas 2025?
Faisal · Mar 23, 2024 12:00 PM
0
0
Porsche sedang bersiap sedia untuk masuk ke pasaran SUV mewah segmen penuh melalui satu model mercu yang akan diposisikan lebih atas daripada Porsche Cayenne. Model ini akan bersaing dengan Mercedes GLS dan BMW X7. Ia dijadualkan untuk membuat perasmian selepas tahun 2025.
Konsep kereta serba baharu ini menggunakan arkitekur platform SSP Sport yang dibangunkan oleh Porsche dan SUV ini akan dipasang di Leipzig. Prestasi yang berkuasa tinggi, fungsi pemanduan autonomi dan pengalaman kabin serba baharu adalah antara keemasan utama yang bakal disajikan oleh SUV ini, khususnya untuk pasaran Amerika dan China.
Untuk makluman anda, arkitektur Scalable Systems Platform (SSP) ini akan turut digunapakai pada kesemua model besar VW Group yang akan menggantikan paltform MEB VW dan PPE Audi bermula 2026. Ini sekaligus dapat memberitahu kita akan garis masa ketibaan SUV mercu Porsche ini.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.