window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peugeot Motorcycles 'hangatkan' segmen skuter ADV, XP400 (2023) akhirnya buat penampilan rasmi!

Khairil ยท Nov 23, 2022 08:00 PM

Peugeot Motorcycles 'hangatkan' segmen skuter ADV, XP400 (2023) akhirnya buat penampilan rasmi! 01

Jika anda masih ingat, kami pernah melaporkan syarikat pengeluar motosikal Perancis, Peugeot Motorcycles akan menyertai persaingan dalam segmen popular skuter 'Adventure' dan model berkenaan, Peugeot XP400 akhirnya dirasmikan, baru-baru ini.

Peugeot Motorcycles 'hangatkan' segmen skuter ADV, XP400 (2023) akhirnya buat penampilan rasmi! 02

Sebagai permulaan, meskipun tidak begitu dikenali di pelbagai pasaran termasuk Malaysia, Peugeot Motocycles sebenarnya mempunyai sejarah panjang terutama di Eropah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Peugeot Motorcycles 'hangatkan' segmen skuter ADV, XP400 (2023) akhirnya buat penampilan rasmi! 01

Dan syarikat itu, seperti beberapa jenama lain menjadikan acara berprestij, EICMA 2022 yang baru saja melabuhkan tirainya sebagai platform untuk melancarkan penawaran terbaharunya itu.

Peugeot Motorcycles 'hangatkan' segmen skuter ADV, XP400 (2023) akhirnya buat penampilan rasmi! 02

Sebagai mukadimah, dimulakan daripada sudut rekaan, Peugeot XP400 sememangnya mengikuti 'lenggok' skuter ADV tipikal seperti Honda ADV 350, Aprilia SR GT 200 dan beberapa lagi model. 

Peugeot Motorcycles 'hangatkan' segmen skuter ADV, XP400 (2023) akhirnya buat penampilan rasmi! 03

Justeru, ia datang dengan rekaan yang agresif dan garang, memiliki jarak lega bumi yang tinggi, mempunyai 'paruh' ADV, visor angin yang tinggi sekaligus seperti berupaya menempuh sebarang laluan termasuk lasak.

Peugeot Motorcycles 'hangatkan' segmen skuter ADV, XP400 (2023) akhirnya buat penampilan rasmi! 04

Tetapi apa yang kurang 'umph' untuk Peugeot XP400 iaitu rekaan ekzosnya yang agak rendah dan nampak tak 'serasi' dengan gaya ADV.

Untuk memenuhi kehendak pelanggan, Peugeot XP400 didatangkan dengan dua varian iaitu Allure dan GT. 

Peugeot Motorcycles 'hangatkan' segmen skuter ADV, XP400 (2023) akhirnya buat penampilan rasmi! 05

Tiada perbezaan dari sudut rekaan mahupun trenkuasa dengan kelainan antara dua varian ini adalah adalah penggunaan jenis rim yang berbeza - rim aloi untuk Peugeot XP400 Allure dan rim jejari (Peugeot XP400 GT). 

Begitupun, kedua-duanya dipadankan dengan tayar jenis 'dual-purpose' namun varian GT diberi penampilan lebih agresif apabila turut memiliki โ€˜crashguardsโ€™.

Peugeot Motorcycles 'hangatkan' segmen skuter ADV, XP400 (2023) akhirnya buat penampilan rasmi! 06

Di bahagian trenkuasa, Peugeot XP400 dijana enjin PowerMotion 400 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi automatik. Kuasa yang dihasilkan adalah pada angka 36.7 Hp pada 8,150 rpm dan tork 38.1 Nm pada 5,400 rpm.

Meningkatkan lagi gaya lasak skuter ini adalah penggunaan rim bersaiz 17 inci (depan) dan 15 inci (belakang) serta penggunaan fork jenis terbalik (USD) dengan jarak pergerakan 140 mm.

Peugeot Motorcycles 'hangatkan' segmen skuter ADV, XP400 (2023) akhirnya buat penampilan rasmi! 07

Dan mungkin paling menarik adalah ia dipadankan dengan sistem brek cakera berkembar di bahagian roda depan yang membuatkannya nampak seperti 'big bike' sejati. Brek belakang menggunakan cakera tunggal dan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Peugeot Motorcycles 'hangatkan' segmen skuter ADV, XP400 (2023) akhirnya buat penampilan rasmi! 08

Seperti skuter moden lain, Peugeot XP400 dilengkapi dengan panel meter TFT berwarna bersaiz 5 inci, pengecas USB dan ruang simpanan bawah pelana dengan sistem bukaan yang unik.

Peugeot Motorcycles 'hangatkan' segmen skuter ADV, XP400 (2023) akhirnya buat penampilan rasmi! 09

Setakat ini, Peugeot Motocycles tidak mendedahkan harga jualan Peugeot XP400 namun menurut media antarabangsa, skuter berkenaan akan mula menerjah bilik pameran pengedar pada awal tahun depan.

Juga baca: Honda ADV350 bakal ada pencabar baru, Peugeot sedia lancar skuter ADV, brek cakera depan berkembar!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda