Umum sedia mengetahui tentang SUV segmen B yang sedang dibangunkan oleh Perodua. Diberikan kod nama D55L, ramai yang tertanya-tanya tentang nama yang bakal diberikan kepada SUV tersebut.
Pada tahun 2018, Perodua telah mendaftarkan beberapa nama (Aruz, Impax, Lasaq) sebelum pelancaran Perodua D38L. Kini, kita sedia maklum dengan nama yang telah dipilih untuk kod nama D38L tersebut.
Bagi pelancaran Perodua D55L pula, tiada pendaftaran tanda nama yang dilakukan oleh Perodua. Sedikit sebanyak, kita mungkin melihat penggunaan tanda nama yang telah didaftarkan tetapi masih belum digunakan pada beberapa tahun lalu (Impax atau Lasaq).
Tetapi, lebih menarik lagi sekiranya Perodua menggunakan tanda nama Kembara bagi menandakan kebangkitan semula jenama tersebut. Perodua Kembara adalah sebuah kenderaan ikonik yang mudah dikendalikan dengan harga mampu milik.
Dibangunkan menggunakan platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture), Perodua D55L akan datang dengan enjin 1.0 liter 1KR-VET bercas turbo dengan gandingan transmisi CVT automatik.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X
Upgrade
Add your car