window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva!

Mersita · Apr 14, 2021 01:00 PM

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva!

Setelah memandu Perodua Ativa yang dibeli sejak sebulan lalu, keseronokan memiliki kereta serba baru sudah pudar sedikit. Kami sudah mula melihat Ativa lain pelbagai warna meluncur laju di jalan raya dan Cik Tiva kami sudah jadi kereta yang biasa dilihat seperti kereta-kereta lain.

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 02

Sepanjang pengalaman kami memiliki dan memandu Ativa ke sana ke mari, kami dapati ada beberapa perkara yang kami amat gemari tentang kereta ini. Kami harap perkara yang kami senaraikan di sini boleh membantu anda dalam membuat keputusan sekiranya pernah terlintas di fikiran untuk membeli SUV Perodua terbaru ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Aspek berkenaan trenkuasa dan suspensinya yang cukup bagus sudah kami kupas beberapa kali. Kali ini, kami ingin jelaskan perkara-perkara kecil pula yang membuatkan kami cukup sayang dengan Cik Tiva.

Sebagai perbandingan, saya memandu Perodua Myvi Lagi Best (generasi kedua) dan rakan penulis saya pula memandu Perodua Axia. Inilah perubahan serta peningkatan menarik yang kami lihat ada pada Ativa.

1. Proses keluar-masuk kabin cukup mudah

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 01

Walaupun ianya sebuah SUV, tempat duduk Ativa amat mudah untuk kita masuk duduk dan keluar kereta – lebih kurang sama seperti hatchback Myvi ataupun Axia. Selalunya, mereka yang berbadan kecil terkial-kial sedikit untuk masuk dan keluar dari kabin SUV, tetapi bukan untuk Ativa. Ia cukup mudah walau untuk pemandu atau penumpang yang sudah berumur.

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 02

Ketinggiannya memudahkan pengguna tanpa mengira umur dan bentuk badan

Bagaimana pula untuk mereka yang berbadan tinggi? Ativa tiada isu kepala terhantuk mahupun kekurangan ruang di atas kepala semasa duduk di dalam kabin. Ruang kakinya juga luas bagi mereka yang berketinggian 180 – 190 cm.

Saya berketinggian 180 cm dengan kaki yang panjang dan sedikit berisi. Kerusi pemandu tidak perlu dilaras sorong ke belakang sepenuhnya seperti Myvi untuk dapatkan posisi duduk yang paling optimum bagi Ativa (malangnya tiada stereng teleskopik, posisi stereng sama seperti di dalam Myvi cuma ruang kaki lebih luas).

Oleh itu, dengan posisi kerusi pemandu dilaras untuk ketinggian saya, ruang kaki di tempat duduk penumpang belakang pemandu masih cukup luas jika saya duduk di sana.

2. Permukaan ala-Velcro memastikan karpetnya terletak rapi di tempat asalnya

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 03

Kami sedar akan satu kelebihan ini ketika cuba membersihkan ruang kabin Cik Tiva. Ia mungkin perkara kecil bagi sesetengah orang, tapi permukaan Velcro di bawah setiap karpet lantai kabinnya membolehkan ia terletak rapi di tempatnya pada setiap masa.

Tambahan pula, karpet ini didatangkan dengan dua kunci supaya ia tidak mudah bergerak. Namun, lapik Velcro ini saja sudah cukup bagus untuk mengelakkannya daripada teralih.

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 04

3. Butang kunci di konsol tengah amat membantu

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 05

Fungsi ini ada yang suka, ada yang tak – bergantung kepada citarasa masing-masing. Bagi saya pula, penumpang selalunya terpaksa mengetuk-ngetuk tingkap di sebelah kiri untuk beri isyarat supaya kunci pintu penumpang dibuka ketika ‘central lock’ diaktifkan.

Oleh itu, kelengkapan yang ada di dalam Ativa ini amat memudahkan. Dari pengalaman saya, penumpang akan mengetuk cermin di sebelah kiri iaitu pintu masuk penumpang, dan saya terpaksa mengalihkan perhatian ke laras kunci di pemegang pintu (sebelah kanan pemandu).

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 06

Kunci pada laras pintu Myvi

Tak kiralah berapa kali perkara ini terjadi, saya terpaksa ambil masa sekejap untuk mengalihkan fokus dari melihat penumpang di sebelah kiri dan tercari-cari kunci di sebelah kanan. Kalau anda perasan, butang ‘lock/unlock’ pintu ini akan lebih mudah dicapai apabila ia berada di sebelah kiri pemandu dan itulah yang ada pada Ativa. Bagi saya, memang lebih mudah.

Selain dari itu, terutama sekali bagi kaum wanita, ia juga memastikan keselamatan saya terjamin ketika masuk ke dalam kereta kerana hanya kunci pintu pemandu yang dibuka apabila ‘smart entry’ digunakan. Jika ada penumpang, tekan saja ‘unlock’.

4. Panel meter LED ada pelbagai fungsi menarik

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 07

Satu peningkatan ketara yang boleh dilihat sejurus selepas masuk ke tempat duduk pemandu SUV terbaru Perodua ini adalah panel meter LEDnya. Memandangkan saya datang dari model Perodua lama, ini sememangnya satu pembaharuan yang menyeronokkan dan rasa berbaloi kerana ia satu 'upgrade' kabin yang agak tinggi jika dibandingkan dengan Myvi Lagi Best.

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 08

Apabila memandu-uji bersama rakan-rakan, salah satu perkara pertama yang kami 'godek-godek' ialah fungsi meternya. Ia ada pelbagai desain paparan meter yang boleh dipilih mengikut citarasa, lampu signal dengan pelbagai tona bunyi, dan ia juga ada pengingat hari jadi serta ulangtahun perkahwinan!

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 09

Kami tetapkan tarikh hari berkenaan menggunakan butang navigasi fungsinya yang mesra pengguna pada stereng pemandu, matikan enjin, dan ucapan istimewa tersebut akan dipaparkan dengan grafik yang menarik apabila enjin dihidupkan semula! Benda kecil, tapi agak cool bagi pengguna kereta Perodua sedia ada.

5. Ada perlindungan supaya tayar ganti tidak tercalar

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 10

Sebelum Perodua Ativa dilancarkan, satu soalan yang dihebah-hebahkan ialah adakah SUV Perodua terbaru ini didatangkan dengan tayar ganti? Soalan itu pastinya telah terjawab kerana Ativa diberi tayar ganti bersaiz penuh di bawah lantai but!

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 11

Bagi yang memiliki Myvi (generasi 1 & 2) atau Axia, anda pasti gembira melihat tayar gantinya bukan rim besi saja. Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa perkara ini perlu diketengahkan? Jika anda lihat tayar rim besi di bawah but Myvi lama atau Axia, skru plastik yang digunakan untuk menahan tayar pada posisinya cukup panjang hanya untuk rim besi tersebut.

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 12

Rakan penulis yang memiliki Axia dan menggantikan rim besi kepada rim aloi terpaksa menambah sekeping kadbod digunting bulat bagi mengelakkan rim aloi berkenaan dari tercalar. Ia muat hanya untuk rim besi, tapi ketiadaan lapisan pelindung akan menyebabkan rim aloinya calar.

Ini kerana skru tersebut pendek sedikit jika rim besi pada tayar ganti ditukar kepada rim aloi. Tambahan pula, walaupun anda berjaya memasang skru pada rim aloi tersebut, ia berisiko untuk mencalarkan rim apabila skru plastik dipasang.

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 13

Rim aloi Axia akan tergesel dengan pemegang plastik jika anda cuba untuk meletakkannya di ruang simpanan tayar ganti.

Bagi kereta yang didatangkan dengan ‘space savers’, selalunya tiada harapan untuk memastikan tayar pancit disimpan kemas di dalam ruang simpanan tayar.

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 14

Kecil, tapi berguna

Perkara yang kami hargai pada Ativa ialah skrunya didatangkan dengan sekeping fabrik yang melindungi rim anda daripada calar. Ia satu perincian kecil, namun ia amat berguna bagi memastikan rim anda berada dalam keadaan baik sepanjang masa.

6. ‘Tonneau cover’ yang boleh dilipat

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 15

Bukan cara paling kemas untuk melipat, tapi cukup bagus untuk disimpan dengan baik

Selalunya, apabila anda hendak membuka ‘tonneau cover’ atau kain penutup but di belakang kabin kereta, anda terpaksa turunkan penyandar tempat duduk belakang untuk memasukkan barangan bersaiz besar ke dalam kereta.

Pada mulanya, ‘tonneau cover’ boleh-lipat yang didatangkan dengan Ativa terasa lembik dan murah. Nak kurangkan kos agaknya, ujar kami dalam hati.

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 16

Namun, semakin lama kami gunakan kereta ini, tanggapan kami semakin berubah. Ia sebenarnya amat berguna untuk menjimatkan ruang.

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 17

‘Tonneau cover’ ini boleh disimpan rapi di bawah lantai but, menjimatkan lebih banyak ruang untuk bagasi besar

Para plastik keras/tonneau cover di dalam Myvi saya cukup kukuh, tetapi ia sebenarnya memakan ruang walaupun ia ditanggalkan dari posisi asalnya. Selalunya saya menyimpannya di dalam but apabila tidak digunakan, namun ini memakan ruang pula.

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 18

Para plastik di but belakang Myvi. Bila dipasang, ruang bumbung but jadi kecil

Walaupun kukuh sedikit dan nampak kemas, penutup plastik keras di dalam Myvi/Axia memakan ruang apabila tidak digunakan.

7. Klip dengan skru hex yang kukuh dan boleh digunakan semula

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 19

Klip plastiknya mengembang apabila diskru ke dalamnya, merapikan mana-mana bahagian yang diperlukan di posisi sepatutnya.

Kami lihat di bahagian bawah badan Ativa untuk melihat jenis klip yang digunakan untuk memegang komponen plastik di bawah bahagian hadapan kereta. Ativa menggunakan kombinasi skru hex dan klip plastik yang cukup berguna bagi tujuan pemasangan dan peleraian.

Klip ini agak kukuh berbanding klip plastik biasa jenis ‘senang masuk, susah keluar’ yang selalunya boleh digunakan sekali sahaja. Kepala hex ini juga merupakan satu alternatif yang bagus sekiranya kepala phillips rosak nanti.

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 20

Jenis klip yang digunakan pada Ativa barangkali boleh digunakan semula sekiranya badan kemek.

Penggunaan klip plastik juga bermaksud yang ia tidak akan berkarat. Jika klip ini akhirnya rosak nanti, anda boleh pecahkan saja menggunakan pemotong dan gunakan semula skrunya.

Kesimpulan

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 21

Inilah antara enam perkara kecil yang kami suka tentang Perodua Ativa setakat ini. Enjin turbo dan transmisi CVT sememangnya perkara baru bagi barisan model Perodua, tapi perkara-perkara kecil sebegini yang ada pada Ativa juga layak diberi perhatian.

Dalam entri seterusnya, kami akan bandingkan gegaran enjin Ativa dengan Myvi pula. Anda pasti terkejut apabila anda dapat tahu betapa lembut atau kerasnya gegaran enjin Ativa nanti.

Kadar penggunaan minyak/petrol Ativa setakat ini (berdasarkan meter penggunaan bahan api kereta):

Bacaan meter FC Perodua Ativa
Bacaan odometer ketika minyak diisi Bacaan meter FC kereta (km/l)
20 km -
421 km 13 km/l
740 km 12 km/l
1,032 km 14.8 km/l
1,453 km 13.2 km/l
1,750 km 11.9 km/l
1,976 km 12.5 km/l

*Meter penggunaan bahan api kereta di’reset’ setiap kali minyak diisi.

Dapatkan lebih banyak rebiu jangkamasa panjang dan artikel pengalaman pemilikan kami di sini!

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva! 22

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda