window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k!

Haris Β· Jan 22, 2021 07:00 PM

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 01

Toyota Innova adalah sebuah MPV 7 penumpang yang terkenal dengan ketahanannya. Hal ini terbukti oleh penggunaannya yang lasak. Terkenal di Borneo, digunakan sebagai teksi, Toyota Innova adalah sebuah model yang tidak gagal.

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selalu dilancarkan atau dikemaskini bersama-sama dengan Toyota Fortuner, Toyota Innova sebenarnya menggunakan casis IMV jenis ladder frame dengan Toyota Fortuner dan Toyota Hilux.

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 01

Foto oleh Hairol Jafri

Kini anda sudah tahu rahsia ketahanan Toyota Innova. Oleh yang demikian, apa kata kita bincangkan pula panduan membeli Toyota Innova generasi pertama, kini boleh didapati serendah RM 20k!

Generasi Toyota Innova

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 02

Generasi pertama

Malaysia menerima model Toyota Innova generasi pertama pada tahun 2005. Jika anda sedang mempertimbangkan model awal ini, pertimbangkan juga bahawa varian E ini tidak mempunyai beg udara.

3 facelift buat Toyota Innova hadir pada tahun 2008, 2011 dan akhir sekali 2014. Penambahbaikan dan perbezaan antara kesemua model ada di kapsyen foto.

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 03

Facelift tahun 2008, gril hadapan dengan 3 jalur krom

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 04

Facelift 2011. Perhatikan rekaan lampu hadapan yang lebih tajam

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 05

Facelift 2014, rekaan gril hadapan yang lebih besar

Model tahun 2016 adalah permulaan baru bagi Toyota Innova generasi kedua. Model ini masih kekal berada dalam pasaran dengan facelift yang baru sahaja diberikan baru-baru ini. 

Masalah Toyota Innova generasi pertama

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 06

Ruang dalaman

Kami merujuk sendiri mengenai permasalahan Toyota Innova dalam kumpulan Toyota Innova Malaysia.

Antara masalah utama adalah kebocoran enjin, khususnya pada bahagian gasket head. Walaubagaimanapun, ini bukanlah sebuah isu yang selalu dialami, cuma sekadar langkah berjaga-jaga buat pembeli bercadang untuk membeli kereta terpakai. Kos baik pulih (top overhaul) enjin Toyota Innova adalah sekitar RM 2k - RM 4k.

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 07

Terdapat juga masalah meter berkelip, naik turun dan sebagainya. Masalah ini adalah masalah terpencil, kos pembaikan agak rendah mengikut komponen yang perlu ditukar. Hanya sekitar RM 100 - RM 500.

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 08

Foto oleh Rahman Bob

Menurut pemilik-pemilik Toyota Innova, enjin dan transmisi kereta ini jarang meragam. Namun ia tidak bermakna bahawa kereta ini tidak gagal. Terdapat banyak komponen-komponen yang haus dan lusuh, selalunya selepas 100k km jarak tempuh.

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 09

Foto Jamaludin Abdullah

Malah, terdapat pemilik mendakwa bahawa Toyota Innova milik beliau masih bertahan selepas melepasi jarak tempuh 500k km. Hebat, bukan?

Anggaran kos pembaikan komponen Toyota Innova:

Gear bushing RM 1k - RM 1.5k
Absorber depan RM 100 - RM 600
Servis major sambil tukar brake pad RM 1k+
Cooling coil RM 800+
Bearing belakang RM 200+
Komponen getah dan sebagainya yang telah haus dan lusuh RM 2k

Kelebihan Toyota Innova

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 10

Foto: Kee Ming Enterprise

Menurut pemilik-pemilik Toyota Innova Malaysia, antara kelebihan Toyota Innova adalah cukai jalan (road tax) yang dikira berasaskan kereta saloon. Ini bermakna, Toyota Innova tidak dikategorikan sebagai kereta bukan saloon (MPV / SUV) dalam pengkalan data JPJ.

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 11

Foto: Ted Adnan

Selain dari itu, ruang kabin yang luas pada Toyota Innova sememangnya tiada tandingan. Ketahanan model ini sememangnya terbukti apatah lagi jika anda seorang yang mementingkan fungsi berbanding rekaan.

Tips tambahan

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 12

Foto: Kee Ming Enterprise

Harus diingatkan bahawa Toyota Innova ada digunakan sebagai teksi. Terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menjual semula model Toyota Innova teksi tanpa memberitahu pembeli.

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 13

Model teksi Toyota Innova generasi kedua

Periksa juga kesan kereta banjir pada model Toyota Innova yang sedang dipertimbangkan. Model teksi dan kereta tenggelam banjir adalah 2 isu yang selalu terjadi ketika membeli Toyota Innova.

Panduan: Toyota Innova terpakai, MPV gagah boleh pakai sampai kiamat kini serendah RM 20k! 14

Secara keseluruhan, Toyota Innova adalah sebuah kereta keluarga yang tahan lasak. Ia masih boleh dibeli secara terpakai dan sebuah produk yang tidak gagal secara keseluruhan. Begitulah keandalan reputasi sebuah Toyota!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda