window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik?

Haris · Jan 2, 2023 02:00 PM

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 01

Mercedes-Benz A-Class generasi W176 adalah model kebangkitan semula yang membuatkan orang ramai melupakan generasi pendahulunya. Ia merupakan suatu model yang sangat berjaya, bukan sahaja dari segi jualan malah tarikan kepada demografi yang lebih muda.

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 02

Dijual pada harga sekitar RM 200k ketika baharu, Mercedes A-Class W176 terpakai boleh didapati tersenarai pada harga serendah RM 88k, iaitu dalam julat harga Toyota Yaris atau Honda City Hatchback baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika ini kelihatan menarik dan anda sedang mempertimbangkan W176 terpakai, anda sedang membaca laman automotif betul.

Varian Mercedes-Benz A-Class W176

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 01

Mercedes A-Class W176 telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013 dengan dua varian – A200 dan A250. A200 mendapat enjin 4-silinder 1.6 liter turbocaj  yang menghasilkan 156 PS/250 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan (DCT).

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 02

A250 dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.0 liter turbocaj dengan 211 PS/350 Nm dan dipadankan dengan transmisi DCT 7-kelajuan. Kedua-dua varian menghantar kuasa ke roda hadapan sahaja. Buat peminat Mercedes-Benz dengan pacuan roda belakang, ini tidak lagi menjadi pilihan anda.

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 03

Dari segi luaran, A200 memakai pakej Urban Line manakala A250 mengenakan seragam AMG Line yang kelihatan lebih agresif dengan suspensi sport AMG yang lebih rendah.

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 04

Pada tahun 2016, A-Class W176 facelift tiba dengan tiga varian - A180, A200 dan A250. A180 mendapat enjin 1.6 liter yang sama dengan A200 tetapi dengan output yang lebih rendah pada 122 PS/200 Nm.

Bagi perubahan dalam kemaskini facelift pula, ia mendapat semakan semula bahagian luar yang diperhalusi dengan bampar, lampu depan dan lampu belakang yang disemak semula, reka bentuk stereng baharu dan sistem infotainmen yang dikemas kini. Selain itu, A200 facelift mendapat pakej AMG Line yang sama seperti A250.

Varian mana yang disyorkan?

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 05

Varian yang disyorkan adalah bergantung pada toleransi anda terhadap ketidakselesaan. A-Class W176 terkenal dengan tunggangan yang keras (sekurang-kurangnya untuk standard Mercedes-Benz) dan sistem gantungan sporty pada A250 menguatkan lagi kekerasan pemanduan ini.

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 06

Varian A250 facelift telah meningkatkan sedikit kualiti tunggangan berbanding model pra-facelift, jadi jika anda berminat dengan A250, kami mengesyorkan model facelift. Tetapi jika bajet anda terhad dengan harga di bawah RM 100k, maka setakat ini pilihan anda terhad kepada model A200 pra-facelift.

Harga Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai?

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 07

Ketika artikel ini ditulis, unit A200 pada tahun-tahun awal berlegar di julat RM 90k hingga RM 100k, manakala A250 berharga purata sekitar RM 120k. Untuk model teratas A250 facelift pula, harga berada di kawasan RM 140k.

  • 2014 Mercedes-Benz A200 1.6

    RM 99,000
    RM 1,150
    /bulan

    78,857 km

    9.5 years

    Masai

  • 2015 Mercedes-Benz A200 1.6

    RM 101,800
    RM 1,203
    /bulan

    96,157 km

    8 years

    Kuala Lumpur

  • 2015 Mercedes-Benz A200 1.6

    RM 120,400
    RM 1,319
    /bulan

    82,479 km

    8.5 years

    Masai

Masalah Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai?

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 01

Kredit: Merz Auto

Kami menemui Encik Nizam dari Merz Auto Garage di Taman Melawati untuk menyemak mengenai masalah biasa hatchback conti ini. Menurutnya, salah satu masalah paling biasa ditemui pada Mercedes A-Class W176 ialah kegagalan Sensor Oksigen (O2 Sensor). Simptom masalah ini adalah lampu "Check Engine" akan menyala. Menggantikan Sensor Oksigen ini akan menelan kos sekitar RM650.

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 02

Kredit: MBWorld

Satu lagi isu biasa ialah sensor kelajuan roda. Sensor yang rosak akan menjejaskan sistem kawalan brek dan kestabilan kereta. Penggantian komponen ini akan memerlukan kos RM300 untuk setiap sudut.

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 03

Kredit: BenzServ

Isu fungsi Mula/Henti automatik yang mengalami gangguan mungkin disebabkan oleh bateri tambahan. Untuk A-Class W176, ada dua bateri yang perlu diambil perhatian, Bateri utama di ruang enjin dan bateri tambahan, terletak di bahagian roda ganti. Penggantian bateri akan menelan kos sekitar RM300.

Kos penyelenggaraan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai?

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 04

Kredit: PromoteAutoCare

Servis biasa (penukaran minyak enjin dan penapis minyak) akan berharga sekitar RM500 manakala servis major (dengan palam pencucuh, pelbagai penapis, dsb.) boleh menelan kos melebihi RM1,000.

Alat ganti tulen untuk brek pad hadapan dan belakang boleh didapati dengan harga sekitar RM350.

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 05

Kredit: Speedmodmotor

Transmisi DCT dalam A-Class dikatakan agak bebas masalah kerana tidak banyak aduan mengenai kegagalan komponen ini. Walaubagaimanapun, apabila tiba masanya untuk menggantikan klac secara keseluruhan, ia akan menelan kos sekitar RM4,000. Penukaran minyak pelincir transmisi DCT berharga sekitar RM900.

Konklusi

Panduan Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai - bawah RM 100k, harga Yaris tapi jauh lebih baik? 06

Walaupun sudah berusia hampir sedekad, A-Class W176 masih bergaya dan menarik perhatian di jalan raya. Untuk harga yang sama banyak dengan Toyota Yaris atau Honda City Hatchback serba baharu, anda boleh membeli sesuatu dengan logo bintang berbucu tiga. Lagi mudah, kami menyediakan senarai dari Carsome bagi Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai melalui pautan ini.

  • 2019 Mercedes-Benz A250 AMG Line 2.0

    RM 201,900
    RM 2,300
    /bulan

    58,487 km

    4 years

    Johor Bharu

  • 2018 Mercedes-Benz A250 Sport 2.0

    RM 211,600
    RM 2,319
    /bulan

    88,011 km

    4.5 years

    Perai

  • 2015 Mercedes-Benz A250 Sport 2.0

    RM 128,400
    RM 1,407
    /bulan

    70,598 km

    8 years

    Petaling Jaya

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Mercedes-Benz A-Class A200 Progressive Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda