window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nombor plat FF pecah rekod bidaan tertinggi dalam sejarah kutip RM 34.3 juta, FF8 dibida RM 950k

Mersita · May 22, 2023 11:20 AM

Nombor plat FF pecah rekod bidaan tertinggi dalam sejarah kutip RM 34.3 juta, FF8 dibida RM 950k 01

Bidaan nombor pendaftaran/plat Siri FF yang dibuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dibuka pada 14 Mei - 19 Mei 2023 berjaya memecah rekod kutipan hasil paling tinggi dalam sejarah e-bidding dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM 34,296,327.

Berdasarkan rekod bidaan, hasil kutipan nombor plat siri FF mengikut bidaan tertinggi adalah seperti berikut:

1. FF8 - RM 950,000

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2. FF9 - RM 911,999

3. FF3 - RM 639,000

4. FF2 - RM 638,000

5. FF7 - RM 633,000

Nombor plat FF pecah rekod bidaan tertinggi dalam sejarah kutip RM 34.3 juta, FF8 dibida RM 950k 01

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, nombor plat siri FF ini telah menunjukkan sambutan luar biasa daripada para pembida. Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah seramai 34,032 orang, dimana 8,348 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

"Jumlah penglibatan pembida dan pemenang siri FF ini juga merekodkan penyertaan tertinggi sejak aplikasi atas talian JPJeBid dilancarkan," kata beliau.

Nombor plat FF pecah rekod bidaan tertinggi dalam sejarah kutip RM 34.3 juta, FF8 dibida RM 950k 02

Juga baca: Bidaan nombor plat siri FF dilanjutkan ekoran sistem JPJ eBid tidak stabil

Difahamkan, populariti nombor plat siri FF ini barangkali adalah disebabkan oleh huruf padan dengan jenama kereta mewah Ferrari dan juga kombinasi unik huruf berganda yang sama.

Lima nombor yang mendapat minat tertinggi ialah FF199 dengan 34 orang pembida, FF51 32 pembida, dan seterusnya FF155, FF555, dan FF1688 dengan masing-masing sebanyak 29 orang pembida.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada semua pengguna yang mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui aplikasi JPJeBid," ujar beliau lagi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda