Review sudah, bayaran bulanan pun sudah. Nissan Almera Turbo sememangnya layak menerima pujian kerana menawarkan model yang berkualiti dengan ciri keselamatan terbaik.
Oleh itu, tiba masanya untuk mengira kos servis Nissan Almera Turbo 2021.
Kos penyelenggaraan Nissan Almera
Tidak seperti Honda City atau Toyota Vios dengan sela jarak penyelenggaraan 10,000-km / 6-bulan, Nissan Almera memerlukan perkhidmatan setiap 7,000 km atau 6 bulan iaitu kurang 3,000 km dari pesaingnya. ETCM juga menawarkan servis percuma pada setiap servis sehingga mencapai jarak 60 bulan / 70,000 km.
Kos servis Nissan Almera 2020 | ||
---|---|---|
Bulan | Jarak (km) | Kos (RM) |
1 | 1,000 | - |
6 | 7,000 | - |
12 | 14,000 | 257.24 |
18 | 21,000 | - |
24 | 28,000 | 448.28 |
30 | 35,000 | - |
36 | 42,000 | 355.68 |
42 | 49,000 | - |
48 | 56,000 | 448.28 |
54 | 63,000 | - |
60 | 70,000 | 257.24 |
Jumlah | 1,766.72 |
Sekiranya anda mengikuti artikel kos penyelenggaraan kami, anda akan tahu bahawa kami biasanya membandingkan kos penyelenggaraan dalam jangka masa 5 tahun / 100,000 km. Dalam kes ini, Nissan Almera pada tahun kelima baru mencecah jarak perbatuan 70,000 km.
Jika mengehadkan Nissan Almera Turbo ke tempoh 5 tahun sahaja, sudah tentu Nissan Almera jauh lebih murah untuk diselenggara daripada Honda City (RM 3,669) atau Toyota Vios (RM 4,242), dengan harga hanya RM 1,766.
Kos servis Nissan Almera 2020 | ||
---|---|---|
Bulan | Jarak (km) | Kos (RM) |
1 | 1,000 | - |
6 | 7,000 | - |
12 | 14,000 | 257.24 |
18 | 21,000 | - |
24 | 28,000 | 448.28 |
30 | 35,000 | - |
36 | 42,000 | 355.68 |
42 | 49,000 | - |
48 | 56,000 | 448.28 |
54 | 63,000 | - |
60 | 70,000 | 257.24 |
66 | 77,000 | 257.24 |
72 | 84,000 | 1,004.99 |
78 | 91,000 | 257.24 |
84 | 98,000 | 603.62 |
Jumlah | 3,889.81 |
Walaubagaimanapun, jika dikira melalui jarak tempuh 100,00 km, kos servis Nissan Almera Turbo adalah sebanyak RM 3,889. Bandingkan semula dengan Honda City (RM 3,669) atau Toyota Vios (RM 4,242).
Perkhidmatan yang paling mahal hadir ketika tahun ke 6. Kos servis sebanyak RM 1,004 dicaj kerana pemilik diminta untuk mengganti cecair CVT dan palam pencucuh. Walaubagaimanapun, ETCM mendakwa bahawa cecair CVT perlu diganti pada jarak 84,000 km atau 48 bulan, yang mana lebih dulu.
Kos tayar
Kos tayar adalah mengikut varian kerana Almera VL varian asas menggunakan tayar 15 inci, sementara varian VLP dan VLT menggunakan tayar 16 inci.
Kos purata untuk sebiji tayar 195 / 65R15 adalah RM 170, sementara sebiji tayar 205 / 55R16 biasanya berharga RM 220.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2020 Nissan Almera 1.0L VL
Upgrade
Add your car