Nissan Almera Turbo baru sahaja dilancarkan di pasaran Malaysia. Namun, di Thailand, Nissan Almera Turbo ini lebih setahun awal menjengah dan seperti biasa, rakyat negara tomyum tersebut tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat mereka.
Selain daripada bodykit Drive 68 dan LUMGA, Ninto Trust Shop dari Thailand telah mempertontonkan bodykit yang lebih mantap. Diinspirasikan oleh saudara berprestasi tinggi dalam barisan model Nissan, bengkel tersebut menghasilkan rekaan berasaskan GTR yang sesuai dengan Nissan Almera Turbo.
Walaupun output trenkuasa yang jauh berbeza, Nissan Almera Turbo menerima manfaat daripada teknologi GTR pada enjinnya. Teknologi Mirror Bore Coating yang terdapat pada GTR turut digunakan pada enjin bersesaran 1.0 liter Turbo pada Nissan Almera 2020 ini.
Secara keseluruhan, ia merupakan sebuah bodykit gentian kaca yang merangkumi bumper depan dan belakang, skirt sisi dan sayap belakang GT yang besar. Terdapat juga ekzos quad pada bahagian belakang sebagai perincian yang lebih menarik.
Nissan Almera Turbo dijual pada harga RM 79,906 - RM 91,310 dan boleh didapati di pengedar Nissan berdekatan anda. Ketahui lebih maklumat lanjut mengenai Nissan Almera Turbo di pautan ini.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2020 Nissan Almera 1.0L VL
Upgrade
Add your car