Nak 'up' status anda tapi Mercedes C-Class 'bersepah'? Alang-alang, angkatlah BMW 7 Series G12!
Faisal Β· Feb 27, 2023 06:00 PM
0
0
Sampai satu tahap, setiap tawkey atau golongan korporat pasti mahu naikkan status mereka melalui apa yang dipakai tiap hari. Maklumlah, dah penat berhempas-pulas mesti mahu hadiahkan sesuatu dekat diri sendiri kan? Salah satu dari simbolik itu pula kebiasaannya adalah kereta eksekutif.
Kalau anda perasan, golongan yang hendak menaik taraf dari kereta Jepun pasti akan lihat dahulu kelas eksekutif permulaan seperti Mercedes-Benz C-Class atau BMW 3 Series sebab perbezaan harganya tidak begitu drastik. Tetapi tahukah anda bahawa dengan harga sama juga anda boleh dapat terus kereta eksekutif teratas? Apa yang kami maksudkan adalah BMW 7 Series terpakai.
Untuk pengetahuan anda, kereta mewah di kelas teratas selalunya mengalami kesusutan nilai yang begitu ketara. Secara tidak langsung, boleh jadi harganya lebih kurang sama dengan kelas eksekutif permulaan. Sebagai contoh adalah BMW 7 Series 740Le xDrive tahun 2018 iaitu model sebelum facelift (pra-LCI). Percaya tak percaya, harganya kini dalam lingkungan RM 219k sahaja. Kiranya, ansuran bulanan lebih kurang RM 2,400 sahaja. Kalau anda nak tahu, harganya mencecah RM 600k sewaktu BMW Malaysia menjualnya dahulu.
Apa yang lebih mengagumkan adalah 740Le merupakan varian paling atas buat penawaran BMW 7 Series generasi G12 di Malaysia. Jadi, anda dapat pelbagai kelengkapan terunggul dari BMW seperti tempat duduk kulit Nappa, suspensi udara, dan lampu berteknologi laser (LaserLight). Sebagai model mercu juga, tahap keselesaan dan falsafah kualiti yang diterapkan juga pasti yang terbaik sekali. Ditambah pula dengan teknologi hibrid plug-in (PHEV), peningkatan prestasi dan penjimatan petrolnya juga lebih ketara daripada sistem biasa.
Bercakap mengenai hibrid, BMW mencipta baterinya dengan 5 modul individu yang mana kalau rosak, pemilik hanya perlu menggantikan modul yang terlibat dan kosnya lebih kurang RM 5k sahaja.
2018 BMW 740Le xDrive 2.0
RM 199,000
RM 2,345
/bulan
76,487 km
5.5 years
Bayan Lepas
Mengenai varian 740Le, ia merupakan versi jarak roda panjang. Jadi, kaki penumpang belakang memang boleh berlunjur macam di ruang tamu. Yang bestnya, fungsi urut pun ada. Kalau anda rasa bosan dan ingin memainkan musik atau menonton filem, skrin multimedia yang disokong oleh audio Harman Kardon β16 speakerβ pun siap ada dua lagi.
Jadi, kalau anda banding BMW 7 Series dengan kelas eksekutif permulaan seperti 3 Series atau Mercedes-Benz C-Class, banyak benda yang anda akan dapat. Harganya pun masih tidak cecah RM220k. Kalau anda terus cari di Carsome, unitnya dijamin dalam keadaan baik dan setiap pembelian juga akan diberi waranti 1 tahun. Di Carlist pun ada banyak lagi stok. Jadi, tunggu apa bosku?
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.