Seperti yang anda tahu, trak pikap adalah antara kenderaan lasak untuk pelbagai kegunaan tetapi jarak sekali dilengkapkan dengan pelbagai ciri. Di sinilah GWM Cannon bakal merubah standard kelas trak pikap di Malaysia.
Dicipta oleh salah satu pengeluar kereta terbesar China iaitu Great Wall Motor, GWM Cannon dijangka berharga RM 127,800 (harga rasmi akan diumum dalam masa terdekat).
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Untuk trenkuasa, GWM Cannon datang dengan enjin 2.0L turbodiesel berkuasa 163 PS dan 400 Nm tork dengan gandingan transmisi automatik 8-kelajuan ZF yang menghantar kuasa ke empat-empat roda (4WD). Dari segi kelengkapan kabin pula, terdapat kluster digital, infotainment 9-inci dengan Android Auto/Apple CarPlay dan pelbagai lagi ciri.
Dalam aspek keselamatan pula, GWM Cannon lengkap dengan ADAS Tahap 2 yang merangkumi fungsi kawalan pelayaran adaptif (ACC), brek kecemasan autonomi (AEB), bantuan pengekalan dalam lorong (LKA) dan pengesan titik buta (BSD).
Beberapa bulan lepas, kami sebenarnya berpeluang untuk memandu uji GWM Cannon secara ringkas dan ia agak mengagumkan.
Apapun, anda yang mahu melihat GWM Cannon dengan dekat dijemput ke Carlist.my Drive Auto Fair yang bakal berlangsung pada 1 - 3 September 2023 di Setia Alam Convention Centre (Hall 2) di mana anda boleh mengunjung dari 10 pagi - 8 malam!
Selain itu, banyak lagi kereta yang akan dipamerkan dan ada bermacam-macam hadiah untuk dimenangi. Apa yang perlu anda buat hanyalah klik di sini untuk mendaftar dan terus berpeluang untuk membawa pulang Soundstream Anzuo Android Car Player yang bernilai RM 2,688!
Juga baca: Nak jimat beli kereta? Promo terbaik Honda, Mazda, BMW, Smart, Mitsubishi, Kia, Suzuki, Ora dan banyak lagi di Carlist Drive Auto Fair
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });