window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak BEV harga bawah RM 100k? Hyundai Kona EV 2022 pra-milik ini bermula RM 85k sahaja!

Faisal Β· Apr 23, 2024 02:52 PM

Nak BEV harga bawah RM 100k? Hyundai Kona EV 2022 pra-milik ini bermula RM 85k sahaja! 01

Sewaktu dilancarkan pada 2021, Hyundai Kona Electric merupakan EV paling murah di Malaysia, dengan harga bermula sekitar RM 150k. Sejak daripada itu, banyak model EV telah membanjiri pasaran kita. Bahkan, harga minimum dalam lingkungan RM 100k yang ditetapkan oleh kerajaan telah membuatkan banyak pesaing menawarkan harga lebih menarik.

Antara tiga EV paling hangat dalam julat harga mampu milik ialah BYD Dolphin, Neta V dan MG4 EV. Menariknya, senarai dalam laman 'Kereta untuk Dijual' WapCar menunjukkan bahawa Hyundai Kona Electric 2022 pra-milik berharga lebih kurang RM 85k sahaja.

Ini bermakna separuh daripada harga asal. Jadi, anda mahu EV bagus bawah RM 100k? Mari kita lihat SUV segmen B ini dengan lebih dekat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Imbau kembali mengenai Hyundai Kona Electric

Nak BEV harga bawah RM 100k? Hyundai Kona EV 2022 pra-milik ini bermula RM 85k sahaja! 01

Beli kereta ini

Hyundai Kona Electric ditawarkan secara model import (CBU) dari Korea melalui varian e-Lite, e-Plus dan e-Max, masing-masing pada harga RM 149,888, RM 169,888 dan RM 199,888.

Sekarang pula, harga Kona Electric baharu adalah seperti di bawah:

  • Kona e-lite (39.2 kWh): RM 156,538
  • Kona e-plus (39.2 kWh): RM 176,838
  • Kona e-max (64 kWh): RM 204,348

Dari segi teknikal, Kona e-Lite dan e-Plus menggunakan bateri 39.2 kWh dengan motor depan berkuasa 136 PS/395 Nm. Pecutan 0-100 km/j didakwa mengambil masa 9.9 saat, manakala kelajuan tertinggi mencapai 155 km/j. Jarak pandu (WLTP) pula didakwa sehingga 305 km.

Varian e-Max pula hadir dengan bateri 64 kWh dan motor elektriknya berkuasa 204 PS/395 Nm. Pecutan 0-100 km/j mengambil masa 7.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 167 km/j. Jarak pandu (WLTP) pula sehingga 484 km.

Juga baca: Bukan DNGA: Dengan RM 145k, anda boleh beli Toyota Yaris Cross versi 'TNGA' di Malaysia!

Nak BEV harga bawah RM 100k? Hyundai Kona EV 2022 pra-milik ini bermula RM 85k sahaja! 02

Secara standard, Hyundai Kona Electric datang dengan waranti 2 tahun/50,000 km dan waranti bateri selama 8 tahun/160,000 km.

Menariknya, Hyundai Malaysia turut menawarkan pakej waranti tambahan 5 tahun/100,000 km serta penyelenggaraan percuma 3 tahun/50,000 km pada harga RM 10,000.

Jadi, kenapa perlu pilih Hyundai Kona Electric pra-milik?

Nak BEV harga bawah RM 100k? Hyundai Kona EV 2022 pra-milik ini bermula RM 85k sahaja! 03

Dengan harga semasa sekitar RM 85k sahaja, model-model pra-milik ini membolehkan anda memiliki BEV pertama pada harga sebuah hatchback segmen B.

Juga baca: Laman "Kereta untuk Dijual" WapCar: 5 MPV luas yang bagus selain Toyota Alphard

Nak BEV harga bawah RM 100k? Hyundai Kona EV 2022 pra-milik ini bermula RM 85k sahaja! 04

Beli kereta ini

Dalam ujian pandu WapCar sendiri, Kona Electric (e-Plus) boleh pergi sehingga 300 km untuk satu caj penuh.

Untuk makluman anda, unit 2022 yang disenaraikan  hanya mempunyai waranti 2 tahun/50,000 km. Jadi, ia kini mungkin hanya ada waranti bateri iaitu berbaki 6 tahun. Masih menarik kan?

Konklusi

Jadi, inilah BEV bawah RM 100k yang boleh membawa anda ke dalam dunia elektrik. Pada masa yang sama, ia juga sebuah kereta kedua yang bagus untuk digunakan setiap hari.

Nak BEV harga bawah RM 100k? Hyundai Kona EV 2022 pra-milik ini bermula RM 85k sahaja! 05

Satu lagi, perbatuan semua unit masih belum mencecah 25k km. Malah, ada yang bawah 15k km.

Jadi, dapatkan Hyundai Kona Electric pra-milik atau pelbagai lagi kereta terpakai, recon atau pra-milik yang menarik di laman 'Kereta untuk Dijual' WapCar.

Juga bacaKereta keluarga tak perlu 'boring': Ini 5 pilihan terpakai bawah RM 100k yang syok untuk dipandu

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Hyundai Kona Electric e-Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda