window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini

Khairil ยท Dec 12, 2020 04:00 PM

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini 01

Jika sudah minat, sanggup redah apa saja. Apa yang pasti, pandangan ini jelas tidak boleh dipakai untuk sesiapa yang mahu membeli barangan yang mahal harganya seperti motosikal.

Kalau membeli di kedai berdaftar, risikonya boleh dikurangkan namun jika jualan persendirian yang dicari menerusi laman sosial atau laman web jual beli, ia pasti lebih merbahaya sekali pun kadang kala harganya jauh lebih murah.

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini 02

Sumber imej:  Oscar

Dan kebanyakan jualan seperti iti adalah membabitkan transaksi tunai sekaligus menjadikan risikonya lebih tinggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di sini, kami tidak mahu bercerita mengenai jenis atau model yang ingin dibeli kerana ia subjektif namun lebih kepada panduan asas sebelum membeli.

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini 01

Sumber imej: 123RF.com

Jadi sebelum keluarkan duit, ada perkara wajib yang anda perlu lakukan bagi mengelak rasa sesal di kemudian hari.

Berikut adalah antara tips yang berguna sebelum anda mendapatkan jentera idaman anda.

Ada geran/ sijil pemilikan kenderaan

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini 02

Sumber imej: insuranskereta.my

Jika motosikal yang diminati itu tidak mempunyai geran, lupakan terus niat anda. Geran adalah dokumen penting bagi mengesahkan identiti sesebuah kenderaan, membuktikan ia sudah berdaftar dan sebagainya. Ia juga mengelakkan anda daripada membeli motosikal bermasalah antaranya yang dicuri. Lihat juga kepada nombor rangka casis dan enjin. Jika boleh, tukar nama secepat mungkin.

Lebih baik standard

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini 03

Sumber imej: RevZilla

'Standard itu indah'. Ayat itu makin popular ketika ini dan ia tidak salah. Motosikal tanpa modifikasi atau diberikan modifikasi melampau sememangnya lebih laku. Ia juga boleh mengelakkan anda pening kepada apabila motosikal itu bermasalah di kemudian hari selain dapat mengelakkan saman atas modifikasi yang tidak mengikut peraturan.

Periksa jika ada saman

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini 04

Sumber imej: SoyaCincau.com

Dalam dunia moden yang penuh dengan teknologi berada di hujung jari sekarang, untuk memeriksa motosikal yang bakal anda beli adalah cukup mudah. Kalau ada saman, kamu tidak boleh menghidupkan cukai jalan.

Bawa rakan yang mahir

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini 05

Sumber imej: RideApart

Jika anda 'newbie' mintalah bantuan daripada rakan anda yang lebih mahir dalam selok belok motosikal. Asas pun tidak mengapa bagi mendapatkan pandangan kedua.

Periksa kondisi luar dan dalam

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini 06

Sumber imej: Motor Care

Perkara ini mungkin leceh tetapi penting. Antara yang perlu dibuat adalah seperti memeriksa keadaan enjin (kebocoran), casis (pernah kemalangan atau tidak), sistem pendawaian, paras minyak hitam, speedometer, tayar, suspensi, rim dan sebagainya.

Lakukan tunggang uji (jika dibenarkan)

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini 07

Sumber imej:  Ultimate Motorcycling

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut motosikal itu masih 'sedap' ditunggang atau tidak, ia perlulah diuji. Tujuannya adalah untuk merasai sendiri jika ada gegaran berlebihan atau bunyi yang tidak menyenangkan datang dari motosikal berkenaan.

Ia juga boleh membuatkan anda mengetahui mengenai adakah motosikal itu memerlukan servis yang biasa atau 'major' seperti keadaan sporket, brek, rantai dan sebagainya.

Jika boleh, dapatkan jaminan

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini 08

Sumber imej: HiConsumption

Amat sukar untuk membeli motosikal terpakai yang berada dalam keadaan 100 peratus baik. Jika di kedai, anda mungkin dapat jaminan mungki selama sebulan tetapi untuk penjual persendirian, ia amat susah. Namun lebih baik cuba daripada berdiam diri kan.

Rundingan (nego)

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini 09

Sumber imej: Motorcycle Shippers

Selepas anda benar-benar puas hati dengan keadaan motosikal itu, bolehlah rundingan dibuat untuk mengurangkan harga. Biasanya penjual memang masih mempunyai ruang untuk perkara ini.

Selepas semuanya berpuas hati, lakukan pembayaran dan nikmati motosikal baru anda.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda