window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Muak dengan MPV 'kotak'? Toyota Estima mungkin KEMBALI pada 2026 dengan pilihan BEV dan PHEV

Faisal · Dec 24, 2024 11:50 AM

Muak dengan MPV 'kotak'? Toyota Estima mungkin KEMBALI pada 2026 dengan pilihan BEV dan PHEV 01

Ilustrasi dari majalah Best Car

Toyota Estima yang berbentuk telur mungkin akan kembali ke pasaran, jika laporan eksklusif oleh majalah Best Car Jepun ini tepat.

Bagi anda yang belum tahu, Toyota Estima berhenti dijual pada tahun 2019, membuka ruang untuk model Toyota Voxy/Noah dan Toyota Alphard/Vellfire untuk terus berkembang. Keputusan ini menimbulkan kontroversi kerana walaupun jualannya tidak mencapai tahap puncak, Estima masih mempunyai pengikut yang setia.

Berbeza dengan kembar Voxy/Noah dan Alphard/Vellfire, tempat duduk barisan ketiga Estima boleh dilipat di bawah lantai. Sementara itu, kedua-dua model berbentuk kotak tersebut hanya membolehkan tempat duduk barisan ketiga dilipat ke sisi dan digantung dengan tali.

Menurut laporan dari majalah itu juga, Toyota Estima dijangka kembali pada 2026. Seperti sebelum ini, ia akan berada di antara Voxy/Noah dan Alphard/Vellfire dalam barisan produk.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dimensi Toyota Estima 2026 dijangka berada pada ukuran panjang 4,820 mm, lebar 1,820 mm, tinggi 1,770 mm dan jarak roda 2,950 mm.

Dimensi (mm)
  Voxy       Estima1   Alphard2 
Panjang 4,695 4,820 5,010
Lebar 1,730 1,820 1,850
Tinggi 1,895 1,770 1,950
Jarak roda 2,850 2,950 3,000

Nota:
1. Angka tidak rasmi
2. Spesifikasi pasaran Malaysia, varian Executive Lounge, unit import rasmi

Kalau anda perasan, ilustrasi oleh majalah itu menunjukkan bahawa Toyota Estima 2026 akan mengekalkan siluet berbentuk telur yang ikonik.

Selain varian hibrid biasa, kemungkinan juga terdapat varian hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik bateri (BEV). Yang terakhir dikatakan menawarkan jarak 600 km dan mungkin akan menggunakan nama Estima bZ6M.

Muak dengan MPV 'kotak'? Toyota Estima mungkin KEMBALI pada 2026 dengan pilihan BEV dan PHEV 01

Kalau anda nak tahu, Estima generasi pertama mempunyai kejuruteraan yang unggul. Pakej mekanikalnya dibuat seperti supercar tetapi pada badan minivan. Maksud di sini ialah susunan enjin tengah, supercharger dan 4WD sepenuh masa.

Di sesetengah negara, Estima memakai nama Previa dan Tarago.

Juga baca: Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Toyota Estima 2.4L Aeras

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia