window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Modenas kemaskini pilihan warna untuk skuter Elegan 250 ABS, lagi ekslusif!

Khairil ยท Sep 19, 2021 11:59 AM

Modenas kemaskini pilihan warna untuk skuter Elegan 250 ABS, lagi ekslusif! 01

Selepas melancarkan model generasi baharu Modenas Dominar D400 2021 baru-baru ini, Modenas mengemaskini pula penawaran warna untuk model skuter maxi popularnya, Elegan 250 ABS 2021. 

Dilancarkan di pasaran tempatan pada November tahun lalu dengan peningkatan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Modenas Elegan 250 ABS boleh dianggap sebagai penawaran paling mampu milik dalam segmen berkenaan.

Juga baca: Modenas Dominar D400 serba baharu dilancar, fork USD, spesifikasi dipertingkat, harga asas RM 13,997!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Modenas kemaskini pilihan warna untuk skuter Elegan 250 ABS, lagi ekslusif! 01

Dan bagi memastikan model berkenaan terus berdaya saing, syarikat pengeluar motosikal nasional itu memberikan pilihan warna terbaharu yang tampak lebih ekslusif iaitu Satin Matte Blue.

Berdasarkan brosur terkini Modenas untuk Elegan 250 ABS, hanya dua pilihan warna dipaparkan termasuk Satin Matte Black. Tiada lagi pilihan warna Satin Matte Red dipaparkan yang memberi kemungkinan pilihan warna tersebut tidak lagi ditawarkan untuk versi 2021.

Juga baca: Modenas Pulsar RS200 2021 sudah mula dijual, harga menarik RM 9,990!

Modenas kemaskini pilihan warna untuk skuter Elegan 250 ABS, lagi ekslusif! 02

Juga tidak mengalami perubahan adalah spesifikasi mekanikal. Modenas Elegan 250 ABS masih menggunakan enjin bersesaran 250 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan sistem transmisi automatik CVT. 

Modenas kemaskini pilihan warna untuk skuter Elegan 250 ABS, lagi ekslusif! 03

Kuasa yang dihasilkan 22.1 Hp pada 7,000 rpm dan tork maksimum 22.4 Nm pada 6,500 rpm. 

Modenas kemaskini pilihan warna untuk skuter Elegan 250 ABS, lagi ekslusif! 04

Ciri-ciri menarik lain yang melengkapi model ini adalah lampu depan jenis projektor lengkap dengan lampu siang (DRL), rekaan lampu belakang berbentuk ‘X’ yang menarik, panel meter yang lengkap dengan pelbagai informasi termasuk spidometer, odometer, jam digital, indikator voltan bateri dan pengingat penukaran minyak kebiasaannya hanya ada pada model berharga lebih premium.

Juga baca: Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877!

Modenas kemaskini pilihan warna untuk skuter Elegan 250 ABS, lagi ekslusif! 05

Dan paling utama pastinya dengan penggunaan ABS dwi-saluran untuk roda depan dan belakang yang diperkenalkan pada tahun lalu yang jelas meningkatkan sistem keselamatan skuter berkenaan.

Modenas kemaskini pilihan warna untuk skuter Elegan 250 ABS, lagi ekslusif! 06

Sebagai skuter yang cukup sesuai untuk tunggangan jarak lebih jauh, Modenas Elegan 250 ABS 2021 dilengkapi tangki petrol dengan kapasiti 12.5 liter. Kelengkapan lain yang penting termasuklah soket pengecas USB, ruang barangan yang luas di bawah pelana 

Sekalipun tiada tanda harga dipaparkan oleh Modenas, berkemungkinan besar tiada perubahan daripada sudut berkenaan. Justeru, ia masih ditawarkan kekal pada harga RM 15,315. Tempoh jaminan juga kekal selama 2 tahun atau jarak perjalanan sejauh 20,000 km.

Modenas kemaskini pilihan warna untuk skuter Elegan 250 ABS, lagi ekslusif! 07

Dengan pelbagai ciri menarik dan premium dipadankan kepada Modenas Elegan 250 ABS, tidak dinafikan ia boleh menjadi pilihan paling berbaloi menerusi harga yang ditawarkan berbanding pesaingnya yang lain dalam kelas sama. Apapun sebagai pengguna, pilihan di tangan anda.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda