window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander Hybrid pada tahun 2023? Ada 5 model baru untuk elektrifikasi

Mersita · Nov 3, 2020 04:00 PM

Mitsubishi Xpander Hybrid pada tahun 2023? Ada 5 model baru untuk elektrifikasi 01

Mitsubishi yang telah sekian lama menerajui elektrifikasi kenderaan sedang merancang untuk mengeluarkan lebih banyak model hibrid dan EV dalam pelan perniagaan suku pertengahan tiga tahun mereka. Sebahagian daripada pelan ini melibatkan Mitsubishi Xpander hibrid yang dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2023.

Di bawah pelan yang digelar “Small but Beautiful” ini, pembuat kereta dari Jepun itu akan mengutamakan pelancaran model mesra alam dan akan menarik fokus mereka kepada pasaran ASEAN dimana mereka akan memperkasakan model-model PHEV (plug-in hybrid electric).

Mitsubishi Xpander Hybrid pada tahun 2023? Ada 5 model baru untuk elektrifikasi 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta pertama di bawah pelan ini akan dilancarkan pada Disember tahun ini – iaitu Mitsubishi Eclipse Cross PHEV, SUV hibrid ‘plug-in’, untuk pasaran Jepun.

Mitsubishi Xpander Hybrid pada tahun 2023? Ada 5 model baru untuk elektrifikasi 01

Selain dari itu, Mitsubishi Outlander PHEV generasi seterusnya juga dirancang untuk diperkenalkan pada April 2022. Pada tahun 2013, Outlander hibrid ‘plug-in’ generasi pertama merupakan SUV pacuan empat roda (FWD) pertama yang dielektrifikasikan.

Mitsubishi Xpander Hybrid pada tahun 2023? Ada 5 model baru untuk elektrifikasi 02

Selain dari kereta hibrid dan hibrid ‘plug-in’, Mitsubishi juga merancang usaha-sama bersama syarikat pembuat kereta lain untuk menghasilkan model kereta elektrik atau EV. Mitsubishi akan berganding bahu dengan Guangzhou Automobile Group untuk menghasilkan EV di China pada tahun 2021.

Pelan seterusnya pula ialah untuk menghasilkan EV mini bersama Nissan Motor – sebahagian daripada pakatan tiga-hala dengan Renault. Mitsubishi sememangnya terkenal sebagai peneraju kenderaan elektrik dengan model EV i-MiEV yang juga merupakan kereta elektrik pertama yang dihasilkan secara besar-besaran.

Mitsubishi Xpander Hybrid pada tahun 2023? Ada 5 model baru untuk elektrifikasi 03

Kenderaan elektrik mini ada penggemarnya yang tersendiri. Ditambah pula dengan penerimaan yang sangat memberangsangkan bagi Mitsubishi Xpander setakat ini, adakah anda berminat dengan versi hibrid pula?

Mitsubishi Xpander akan dilancarkan di Malaysia pada bulan ini dan kami sudahpun membuat perbandingan antara Xpander dengan Honda BR-V dan Perodua Aruz serta beberapa ciri-ciri serta kelengkapannya yang kami rasa ramai yang suka.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda