window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander: Baru vs. Lama, apa yang dah berubah?

Mersita Β· Sep 28, 2020 03:00 PM

Mitsubishi Xpander: Baru vs. Lama, apa yang dah berubah? 01

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sedang bersiap-siaga untuk pelancaran Mitsubishi Xpander di Malaysia. Syarikat tersebut sudah beberapa kali mengacah kedatangan model itu sejak Ogos tahun ini, termasuklah mengadakan previu di Mid Valley Megamall.

Mitsubishi Xpander: Baru vs. Lama, apa yang dah berubah? 02

Tapi, tahukah anda yang model yang akan kita terima nanti ialah model ‘facelift’? Maksudnya sampai saja Malaysia terus dapat model dengan pembaharuan, melangkau model asas seperti yang dilancarkan di Indonesia terdahulu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jom kita lihat dengan lebih teliti lagi perbezaan antara model Mitsubishi Xpander sebelum dan selepas ‘facelift’.

Luaran – Perbezaan kecil

Mitsubishi Xpander: Baru vs. Lama, apa yang dah berubah? 01

Mungkin perbezaan paling ketara di bahagian hadapannya ialah muka hadapan ‘Dynamic Shield’ yang direka-semula yang memaparkan emblem Mitsubishi yang besar sedikit serta gril baharu. Lampu hadapan LEDnya terselit rapi dibawah ‘daytime running lights’ (DRL) LED yang nipis.

Mitsubishi Xpander: Baru vs. Lama, apa yang dah berubah? 02

Di bahagian sisinya pula, Xpander ‘facelift’ diberi rim aloi dwi-tona 16 inci yang direka-semula.

Mitsubishi Xpander: Baru vs. Lama, apa yang dah berubah? 03

Bahagian belakang Xpander yang dipertingkatkan ini pula diberi antena sirip jerung yang baharu – menggantikan antena sesungut yang dipasang pada model sebelum ‘facelift’.

Ruang dalaman – Ada sedikit peningkatan

Mitsubishi Xpander: Baru vs. Lama, apa yang dah berubah? 04

Perubahan di ruang dalamannya pula lebih kecil berbanding perubahan di luarannya. Xpander ‘facelift’ spesifikasi Indonesia didatangkan dengan unit kepala skrin sentuh 7 inci serta tetapan audio 6-‘speaker’ baharu.

Mitsubishi Xpander: Baru vs. Lama, apa yang dah berubah? 05

Ia berbeza sedikit dengan unit-unit yang dipasang di Pekan, Pahang – dimana kita akan menerima unit kepala yang berlainan dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Kita juga boleh jangkakan yang Xpander spesifikasi Malaysia akan memaparkan ‘dashcam’ atau DVR yang dibina-dalam.

Tren kuasa – Jika ia dah bagus, tak perlu dibetulkan

Mitsubishi Xpander: Baru vs. Lama, apa yang dah berubah? 06

Kuasa dijana daripada enjin petrol 4 silinder 4A91 1.5 liter yang menjana 105 PS dan 141 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan.

Mitsubishi Xpander: Baru vs. Lama, apa yang dah berubah? 07

Apabila Mitsubishi Xpander dilancarkan di Malaysia nanti, ia akan bersaing sengit dengan Honda BR-V, Perodua Aruz, dan juga Toyota Rush.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda