MITI akan kaji semula sasaran 10,000 pengecaj EV menjelang 2025; proses kelulusan rumit antara halangan
Faisal Β· Jan 24, 2024 03:00 PM
0
0
Berdasarkan laporan akhbar, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz baru mengumumkan bahawa MITI akan mengkaji semula sasaran 10,000 pengecaj kenderaan elektrik (EV) menjelang 2025.
Antara faktor yang membelenggu adalah prosedur dan proses pelaksanaan yang panjang berjela. Menurut beliau, 1,500 stesen mengecaj yang telah dibangunkan setakat ini adalah jauh daripada sasaran 10,000 unit (9,000 AC, 1,000 DC) yang diutarakan dalam Low Carbon Mobility Development Blueprint (LCMB) 2021-2030.
Setakat ini, kerajaan masih mengekalkan sasaran tersebut tetapi Kabinet akan melihat semula akan kebolehlaksanaannya.
Ulas Tengku Zafrul, "Nampaknya, sasaran itu agak agresif kerana terdapat banyak isu yang perlu diketengahkan. Ia melibatkan agensi seperti Energy Commission, pihak berkuasa tempatan dan pihak-pihak lain".
Dengan menekankan juga isu yang dibangkitkan oleh pembekal komponen, Zafrul menegaskan betapa pentingnya proses yang mudah untuk membangunkan stesen mengecaj.
βSalah satu daripada rungutan utama adalah ia mengambil masa yang lama untuk mendapat kelulusan bagi membangunkan stesen mengecaj. Kami perlu menjadikan ia satu proses yang lancar dan mudah," tambah beliau.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.