window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya!

Khairil · Dec 26, 2020 02:00 PM

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 01

Sebelum Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan jentera 'Naked' Yamaha MT-15 pada September lalu, pasti ramai yang tertanya-tanya, adakah ia mampu mencabar populariti 'Super Moped', Yamaha Y15ZR.

Sekali pun kedua-dua jentera ini amat berbeza dari sudut kelas, gaya dan keperluan, perbandingannya jelas tidak dapat dielak kerana kedua-duanya menggunakan enjin yang bersesaran hampir sama, 150 cc buat Y15ZR dan 155 cc (MT-15).

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malah, sekali pun perbezaan harga kedua-duanya juga boleh dikatakan agak jauh (lebih RM 3,820), ia masih membuatkan ramai pengguna 'pening kepala' pilihan yang mana lebih baik buat mereka.

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 01

Justeru, berikut adalah perbandingan yang dapat kami senaraikan mengenai Y15ZR (V2) yang dilancarkan pada tahun lalu dan MT-15 kepada anda.

Reka bentuk

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 02

Tidak dapat dinafikan yang reka bentuk Y15ZR tidak kira V1 atau V2 memang menarik dalam kelas moped dan dengan alasan itu, ia masih popular sekali pun sudah bertahun-tahun berada di pasaran.

Bagi MT-15 pula, reka bentuknya yang cukup menyamai 'abang besarnya' MT-09 yang seksi dan ranggi boleh memberikan sesuatu yang segar kepada peminat moped yang ingin beralih angin.

Casis

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 03

MT-15 menggunakan rangka 'delta box' dan 'swingarm' aluminium manakala Y15ZR pula menggunakan rangka 'Steel diamond backbone' dan swingarm standard 'box-type'.

Kotak gear

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 04

Ini perkara yang paling tidak digemari oleh peminat Y15ZR kerana jentera berkenaan masih menggunakan sistem lama iaitu kotak gear 5 kelajuan ketika pencabarnya yang lain dalam kelas sama mempunyai 6 gear.

Sama seperti Sportbike Yamaha R15, MT-15 menggunakan kotak gear 6 kelajuan yang dilengkapi dengan sistem klac assist & slipper.

Tayar

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 05

Kedua-dua MT-15 dan Y15ZR menggunakan sepasang rim dengan saiz 17 inci tetapi tayar yang digunakan adalah berbeza dari sudut saiz.

MT-15 menggunakan tayar dengan saiz 110/70 di bahagian depan dan 140/70 bagi tayar belakang.

Y15ZR menggunakan saiz tayar 90/80 di bahagian depan dan 120/70  bagi bahagian belakang.

Brek

MT-15 menggunakan brek cakera dengan saiz 282mm bersama 2 piston di bahagian depan dan brek cakera 220mm dengan 1 piston di bahagian belakang.

Y15ZR pula menggunakan brek cakera dengan saiz 245mm bersama 1 piston di bahagian dengan dan brek cakera 203mm juga dengan 1 piston di bahagian belakang.

Suspensi

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 06

Seperti kebanyakan jentera naked lain, MT-15 menggunakan fork teleskopik terbalik dan monoshock boleh laras di bahagian belakang. Y15ZR pula didatangkan dengan fork standard di bahagian depan dan monoshcok di bahagian belakang.

Enjin

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 07

Yamaha MT-15 dikuasakan dengan enjin terbaharu dari Yamaha berkuasa 155 cc dan dilengkapkan dengan Penyejuk Cecair, SOHC serta teknologi VVA.

Y15ZR pula menggunakan enjin bersesaran 150cc, Penyejuk Cecair, 4 Lejang SOHC.

Kuasa

MT-15 menghasilkan 19 Hp pada 10,000 rpm dengan puncak tork 14.7 Nm pada 8,500 rpm manakala Y15ZR menghasilkan 15.1 Hp pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 7000rpm.

Elektronik

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 08

Dari sudut elektronik, Mt-15 dan Y15ZR tidak dilengkapi dengan sistem brek ABS di Malaysia. Dari sudut paparan meter, kedua-duanya menggunakan LCD namun dengan kluster yang berbeza. Meter pada MT-15 yang lebih baharu tampak lebih canggih berbanding Y15ZR.

Dimensi

Bagi sebuah jentera naked, MT-15 memang tampak lebih gagah. Ia mempunyai dimensi 1965mm (Panjang) X 800mm (Lebar) X 1065 mm (Tinggi). Bagi YSuku pula, ia mempunya dimensi 1960mm X 670mm X 1080mm.

Ketinggian tempat duduk

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 09

Hadir dalam kelas 'Naked', MT-15 jelas mempunyai tempat duduk yang tinggi -  malah lebih tinggi daripada 'abangnya' MT-25 dengan 830 mm. Y15ZR seperti kebanyakan moped lain tidak begitu tinggi iaitu 780 mm.

Seperti jentera kapcai lain, Y15ZR menggunakan tempat duduk standard 'one-piece' yang memberikan kelebihan dari sudut praktikaliti namun sedikit leceh untuk mengisi minyak.

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 10

MT-15 pula lebih ranggi dan sporty dan untuk mengisi minyak, mereka tidak perlu membuka tempat duduk.

Berat

Berat MT-15 adalah 133 kilogram (kg) manakala Y15ZR pada 117 kg. Tangki minyak bagi MT-15 adalah jauh lebih besar iaitu 10 liter manakala 4.2 liter untuk Y15ZR.

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 11

Warna

MT-15 didatangkan dengan dua warna iaitu Biru Yamaha dan Ice Fluo dan Y15ZR mempunyai 4 varian warna iaitu Matt Titan, Cyan, Merah, Biru selain edisi istimewa Monster Energy Yamaha MotoGP.

Harga

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 12

Ketika ia dilancarkan, harga yang dicadangkan oleh HLYM adalah RM 8,168 bagi spesifikasi standard manakala untuk edisi khas MotoGP yang didatangkan dengan 'livery' Monster Energy Yamaha, ia dijual dengan harga RM 8,868.

Untuk MT-15, harga yang ditawarkan oleh Yamaha adalah RM 11,988 tetapi seperti anda semua tahu, harga berkenaan boleh berubah-ubah mengikut pengedar.

Kesimpulan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kedua-dua jentera berada dalam kelas berbeza dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya! 13

Y15ZR seperti jentera moped lain, ia lebih kepada praktikaliti. Memudahkan penggunanya untuk melakukan tugasan seharian, senang untuk membeli barangan, senang untuk membawa anak-anak bersiar-siar di taman kerana ia adalah motosikal berbakul.

Bagi MT-15, ia sesuai untuk pengguna yang mahukan kelainan dan mahu berjinak-jinak dengan dunia 'motosikal besar' kerana ia jelas lebih selesa untuk ditunggang tidak kira di jalan bandar atau lebuhraya.

Sebagai tambahan, berdasarkan kepada spesifikasi MT-15, boleh dikatakan versi ketiga (V3) Y15ZR mungkin akam berasaskan jentera naked ini terutama dari sudut teknologi enjin dan perkakasan lain seperti penghidup tanpa kunci dan paparan meter LED lebih canggih.

Mengikut sumber juga, ia mungkin akan berada di pasaran tidak begitu lama lagi.

Jadi apa yang menjadi penentu adalah minat, keperluan dan bajet anda. Tetapi jika anda mahukan sesuatu yang segar, MT-15 boleh menawarkannya kepada anda.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda