Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan hibrid plug-in (PHEV) Mercedes-Benz GLC 350e Coupe. Ia ditawarkan dalam AMG Line dan berharga RM 425,888 (CKD Pekan).
Pada bahagian luar, terdapat rim 20-inci dan lampu Digital Light. Bahagian dalam pula lengkap dengan kemasan kulit Artico dan audio Burmester 3D.
Soal keselamatan, SUV kompak eksekutif coupe ini hadir dengan ADAS menyeluruh serta pakej Offroad Engineering yang menambah kelegaan tanah sebanyak 20mm dan kamera 360-darjah yang memberi pandangan bawah kenderaan.
Dari segi nadi, GLC 350e Coupe dikuasai oleh enjin 2.0L turbo (204 PS/320 Nm) dengan gandingan motor elektrik, sekaligus menghasilkan output 313 PS/550 Nm. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 9-kelajuan. Pecutan 0 - 100 km/j mengambil masa 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 220 km/j.
Sebagai sebuah PHEV, GLC 350e datang dengan bateri 31.2 kWh, lebih besar daripada C350e, Jarak pandu (WLTP) untuk pemanduan elektrik penuh pula boleh pergi sejauh 120 km. Pengecasan pantas DC menyokong sehingga 60 kW, manakala jenis AC hingga 11 kW.
Pada masa yang sama, Mercedes-AMG GLC 43 4Matic Coupe turut dilancarkan dan model pemasangan Pekan ini ditawarkan pada harga RM 499,888.
Bahagian luarnya hadir dengan rim 21-inci, AMG Night Package, Digital Light dan kaliper brek berwarna perak. Kabinnya pula lengkap dengan tempat duduk sukan AMG, kemasan Alcantara, tali pinggang merah Manufaktur, trim gentian karbon AMG.
Antara ciri lain yang ada termasuklah ADAS lengkap, kamera 360-darjah, audio Burmester 3D dan AMG Track Pace.
Dari segi teknikal, GLC 43 Coupe ini dikuasai oleh enjin 2.0L turbo M139L (AMG kedua selepas C 43 yang dipasang di Malaysia) yang berouput 421 PS/500 Nm dengan sistem hibrid sederhana 48V. Tenaga sebanyak itu dihantar ke semua roda 4Matic+ melalui transmisi AMG Speedshift MCT 9-kelajuan.
Pecutan 0 - 100 km/j mengambil masa 4.8 saat sebelum mencecah kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 250 km/j. Ciri eksklusif yang lain termasuklah stereng belakang 2.5ยฐ dan suspensi adaptif AMG Ride Control.
Secara amnya, kedua-dua model hadir dengan waranti 4 tahun tanpa had kilometer.