window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz G-Class 2020 dipertonton dengan enjin diesel, bermula RM 999,888

Faisal · Sep 23, 2020 10:22 AM

Mercedes-Benz G-Class 2020 dipertonton dengan enjin diesel, bermula RM 999,888 01

Berikutan pelancaran Mercedes-Benz GLB yang dikenali sebagai "baby G", mereka turut mempamerkan G-Class yang didatangkan dengan enjin diesel. Dalam pasaran Malaysia, G-Class tidak pernah dijual dengan enjin diesel. Diimport terus dari Austria, G 350d ini berharga RM 999,888 (tanpa insurans dan SST).

Mercedes-Benz G-Class 2020 dipertonton dengan enjin diesel, bermula RM 999,888 02

Tidak seperti Mercedes-AMG G 63, pembeli kini boleh memiliki sebuah G-Class yang lebih sederhana dan menjimatkan minyak. Enjin OM 656 yang didatangkan pada G 350d ini merupakan enjin diesel yang paling lancar dan menjimatkan minyak yang pernah dihasilkan oleh Mercedes.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz G-Class 2020 dipertonton dengan enjin diesel, bermula RM 999,888 01

Enjin ini menghasilkan 286 PS dan 600 Nm tork daripada sususan 3.0 liter twin-turbo diesel. Kuasa yang dipadankan ke transmisi 9G-Tronic 9-kelajuan ini berupaya memecut G 350d dari 0-100 km/j dalam masa 7.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 199 km/j.

Mercedes G 350d mempunyai kadar penggunaan bahan api sebanyak 8.9 – 8.7 liter / 100 km. Sebagai perbandingan, G 63 mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 13.3 – 13.1 liter / 100 km.

Mercedes-Benz G-Class 2020 dipertonton dengan enjin diesel, bermula RM 999,888 02

Pada masa yang sama, ia mendapat pembaharuan dalam ciri keselamatan Driving Assistance Package seperti Active Distance Assist Distronic dan Blind Spot Assist.

Mercedes-Benz G-Class 2020 dipertonton dengan enjin diesel, bermula RM 999,888 03

Active Distance Assist Distronic merupakan istilah yang digunakan oleh Mercedes untuk ciri Adaptive Cruise Control. Tetapi sistem pada Mercedes ini mampu berfungsi sehingga kelajuan 200 km/j.

Mercedes-Benz G-Class 2020 dipertonton dengan enjin diesel, bermula RM 999,888 04

Dari segi eksterior, G 350d didatangkan dengan AMG Night Package yang memiliki sentuhan gelap pada roda aloi AMG 20 inci, lampu eksterior, gril di bahagian radiator, dan penutup tayar ganti di bahagian belakang.

Mercedes-Benz G-Class 2020 dipertonton dengan enjin diesel, bermula RM 999,888 05

Di samping itu, G 350d turut didatangkan dengan Stainless Steel Package yang menerima sentuhan keluli pada tangga tepi, penutup tayar ganti dengan logo Mercedes, bahagian luar pintu, penghalang lumpur (mud guard), dan garisan pelindung di sekeliling bahagian eksterior.

Mercedes-Benz G-Class 2020 dipertonton dengan enjin diesel, bermula RM 999,888 06

Pada bahagian dalam, G 350d didatangkan dengan pakej Exclusive yang menerima permukaan kulit di bahagian papan pemuka dan pintu serta kemasan gentian mikro (microfibre) Dinamica pada permukaan siling.

Mercedes-Benz G-Class 2020 dipertonton dengan enjin diesel, bermula RM 999,888 07

Sekiranya anda berminat, anda boleh layari laman sesawang Mercedes-Benz Malaysia atau hubungi 1800-88-1133 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Mercedes-Benz AMG G-Class AMG G63

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda