window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Menyusahkan, pemandu teksi di sempadan Malaysia-Thailand ditekan oleh peraturan baru

Mersita · Sep 21, 2022 04:00 PM

Menyusahkan, pemandu teksi di sempadan Malaysia-Thailand ditekan oleh peraturan baru 01

Satu peraturan baru yang melarang pemandu teksi untuk mengambil dan menurunkan penumpang berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dianggap menyusahkan pelbagai pihak termasuk penumpang yang memerlukan perkhidmatan teksi di sana.

Seramai kira-kira 40 pemandu teksi yang mencari rezeki di sempadan utara negara merayu kepada pihak berkuasa supaya dibenarkan beroperasi di kawasan lebih hampir dengan sempadan kerana ia bakal ‘membunuh’ para pemandu yang sudahpun tertekan dengan isu kekurangan penumpang, lapor Kosmo.

Menyusahkan, pemandu teksi di sempadan Malaysia-Thailand ditekan oleh peraturan baru 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut pemandu teksi yang ditemubual akhbar berkenaan, dahulu mereka dibenarkan untuk berada di lokasi sejauh Kompleks Bebas Cukai. Namun, peraturan baru ini hanya membenarkan mereka menurunkan dan mengambil penumpang di tiga stesen sahaja iaitu Kompleks Bebas Cukai, berdekatan pintu sempadan dan depan balai polis Bukit Kayu Hitam.

Tambahan pula, hanya dua teksi yang dibenarkan menunggu berhampiran ICQS dan kumpulan pemandu teksi terpaksa bergilir-gilir.

Menyusahkan, pemandu teksi di sempadan Malaysia-Thailand ditekan oleh peraturan baru 01

Disebabkan peraturan baru ini, penumpang perlu berjalan kaki sejauh lebih satu kilometer untuk menyambung perjalanan mereka. Pendapatan harian pemandu teksi turut terjejas dan turun kira-kira 50 peratus berbanding sebelumnya, dan penumpang turut mengeluh disebabkan peraturan baru ini terutama sekali yang membawa banyak barangan serta bagasi.

Peraturan baru ini dianggap tidak relevan memandangkan kini aktiviti pelancongan antara dua negara sudah kembali rancak setelah sempadan dibuka semula pasca pandemik Covid-19. Permohonan mereka supaya peraturan lama dikembalikan tidak diterima atas faktor keselamatan, kata seorang pemandu teksi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda