window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami

Mersita · Oct 24, 2021 06:00 PM

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 01

Tayar ialah satu-satunya komponen kereta anda yang menyentuh permukaan jalan raya. Ia samada boleh mengelakkan anda dari kemalangan, ataupun menjadi sebab utama dalam kes kemalangan anda. Kepentingan memilih tayar kereta yang paling sesuai untuk pemanduan anda teramatlah penting. Namun, dengan adanya pelbagai pilihan jenama dan jenis tayar kereta di pasaran, memilih tayar kereta terbaik dan menetapi citarasa anda – contohnya tayar kereta yang senyap – boleh bikin pening kepala.

Oleh itu, kami rasakan eloklah kali ini kita senaraikan jenama tayar kereta paling digemari di Malaysia dengan dua model tayar paling popular bagi setiap jenama untuk bantu anda buat keputusan. Tak kisahlah tayar kereta ‘high performance’ atau tayar kereta yang senyap, anda pasti temui jenis tayar yang paling sesuai untuk anda.

Michelin – Tayar premium

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nama besar dari Perancis ini ialah antara jenama yang paling dikenali ramai di sektor tayar otomotif, dengan sejarah lebih 132 tahun. Siapa tak kenal maskot comel Michelin yang menjadi wajah jenama ini? Sebagai permulaan, kita selidik dua model tayar paling popular dari Michelin.

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 01

Pilot Sport 4 (16 - 21 inci): Tayar Pilot Sport 4 (PS4) ialah salah satu pilihan paling popular di kalangan pemandu yang mahukan pengalaman pemanduan ‘sporty’ dan tepat namun masih lentur dan cukup senyap bagi pemanduan harian.

PS4 telah meneguhkan reputasinya sebagai tayar berprestasi mantap di jalan raya kering atau basah, dan ia menjadi penanda aras dalam segmennya selain daripada menjadi pilihan utama bagi ramai pemandu.

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 02

Energy XM2+ (13 – 16 inci): Satu lagi model tayar Michelin yang popular dipanggil Energy XM2+. Energy XM2+ ialah tayar yang tahan lama dan lasak, dan pada masa yang sama ia cukup selesa dengan tahap bunyi yang rendah. Model ini juga menjadi pilihan utama di kalangan ramai pemandu kerana ia adalah ‘all-rounder’ terbaik dalam segmennya berbanding pesaing lain.

Tayar keluaran Michelin sememangnya hebat-hebat belaka, tapi harganya agak mahal, termasuklah PS4 dan XM2+. Oleh itu, terpulang pada anda untuk membuat pelaburan dengan tayar Michelin mengikut kemampuan masing-masing.

Continental – Kejuruteraan Jerman untuk semua

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 03

Satu lagi jenama yang popular dan dipercayai di Malaysia ialah Continental. Dengan sejarah yang lebih panjang berbanding Michelin (149 tahun), Continental menawarkan model tayar yang sesuai bagi setiap segmen pasaran. Di sini kami senaraikan dua model tayar Continental paling popular.

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 04

Jika ia cukup bagus untuk AMG, maksudnya ia cukup bagus untuk kereta anda.

MaxContact 6 (16 – 20 inci): Saingan Continental bagi Michelin Pilot Sport 4 ialah MaxContact 6 (MC6). Prestasinya padu bagi pemandu yang sukakan tayar berciri ‘sporty’. Sama seperti PS4, MC6 memberikan anda pengalaman pemanduan yang menyeluruh dari pelbagai aspek.

Apa-apa pun, ia tidaklah cukup menyeluruh seperti Pilot Sport 4, namun MC6 menawarkan harga yang jauh lebih berbaloi jika dibandingkan dengan PS4.

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 05

ComfortContact 6 (13 – 16 inci): Namanya saja sudah cukup jelas – ComfortContact 6 (CC6) ialah model tayar keluaran Continental yang lebih menjurus kepada keselesaan. Keluaran terbaru dari rangkaian ComfortContact sememangnya menepati jangkaan anda; tayarnya senyap, selesa, dan jimat minyak.

Tambahan pula, ia adalah salah satu tayar selesa paling mampu-milik yang dijual di pasaran. Walaubagaimanapun, jangka hayat bebenang dan cengkaman basah (wet grip) CC6 tidaklah sehebat pesaingnya. Secara keseluruhannya, CC6 menawarkan karakter yang dicari oleh pembeli dalam segmen ini iaitu harga yang murah, keselesaan, serta prestasi yang cukup mantap.

Bridgestone – Inovasi dari Jepun, inspirasi dari sukan permotoran

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 06

Sebelum Pirelli, Bridgestone digunakan dalam Formula One

Bridgestone ialah satu lagi jenama tayar kereta yang digemari di Malaysia. Dengan pengalaman lebih 90 tahun dalam pembuatan tayar, dan juga penyertaan dalam pelbagai arena sukan permotoran seperti Formula One, Bridgestone menawarkan produk yang sesuai untuk peminat pemanduan berprestasi, dan juga bagi mereka yang mahukan keselesaan. Ini contoh tayar Bridgestone yang bagus.

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 07

Potenza RE004 (15 – 20 inci): Bridgestone Potenza RE004 ialah model tayar yang tertumpu kepada prestasi, dengan cengkaman yang mantap dan menjanjikan pengalaman pemanduan yang cekap dan tepat sesuai dengan harganya. Kekurangannya ialah bahagian sisi (sidewall) yang lebih keras, dan ini menyebabkan RE004 kurang selesa jika dibandingkan dengan yang lain.

Rekaan bebenangnya yang agresif juga bermaksud tahap bunyinya lebih tinggi dan ketara. Bagi prestasi dalam cuaca hujan – walaupun dipertingkatkan dari model sebelumnya iaitu RE003 – masih bukan yang terbaik dalam kelasnya. Namun, RE004 masih cukup hebat dari segi nilai dengan tahap prestasi yang ditawarkan, membuatkannya pembelian yang cukup berbaloi.

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 08

Ecopia EP300 (15 -18 inci): Tayar ‘eco’ Bridgestone, Ecopia EP300, direka khas untuk rintangan pusingan (rolling resistance) yang rendah bagi mengurangkan penggunaan minyak. Tambahan pula, pembangunan model Ecopia EP300 tertumpu kepada pemanduan yang senyap.

Walaubagaimanapun, Ecopia EP300 mempunyai ‘sidewall’ yang lebih keras bagi mengurangkan kehilangan tenaga dari pelenturan. Namun, ini juga bermaksud yang Ecopia EP300 tidak seselesa tayar lain, contohnya Continental CC6 atau Michelin XM2+. Apa-apa pun, jika anda mahukan pengendalian di atas permukaan basah yang lebih dipertingkatkan serta ketahanan, Ecopia E300 ialah pilihan tepat untuk pemanduan harian.

Goodyear – Kepakaran 123 tahun dalam pembuatan tayar

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 09

Pengilang tayar dari Amerika ini mempunyai sejarah lebih 123 tahun dalam industri pembuatan tayar. Legasi ini dapat dilihat dalam produk-produk keluaran Goodyear. Sama seperti pesaing-pesaingnya di atas, Goodyear telah menimba pengalaman dan kepakaran dari penyertaan mereka dalam sukan permotoran bagi menghasilkan tayar lebih baik untuk semua jenis pemandu. Di sini kami kupas dua contoh tayar terbaik dari Goodyear untuk pilihan anda.

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 10

Eagle F1 Sport (16 – 18 inci): Sebagai keluaran terkini dalam rangkaian tayar berprestasi Eagle F1, Eagle F1 Sport adalah sebahagian daripada legasi Goodyear yang menjanjikan kestabilan membelok serta tindakbalas stereg yang mantap. Reputasi Goodyear dalam pengendalian basah juga menonjol dalam tayar ini.

Walaubagaimanapun, Eagle F1 Sport cukup bising dengan tahap bunyi yang tinggi jika dibandingkan dengan pesaingnya dalam kelas sama. Namun, jika dilihat pada harga, Eagle F1 Sport ialah model tayar yang cukup berbaloi untuk dipertimbangkan.

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 11

Assurance Triplemax 2 (15 – 17 inci): Pilihan bertumpu kepada keselesaan dan penggunaan harian keluaran Goodyear ini dioptimumkan dengan menggunakan teknologi terkini untuk memberi pemanduan yang bukan saja selesa, namun dengan pengendalian selamat berserta kebolehan pengendalian basah Goodyear yang dipercayai. Kini dalam generasi keduanya, model tayar Assurance Triplemax 2 ini juga mempunyai prestasi brek yang dipertingkatkan.

Walaupun Assurance Triplemax 2 sememangnya cukup selesa, penilaian dari pengguna menunjukkan yang ia tidak setaraf pesaingnya di sini, seperti Michelin XM2+ atau Continental CC6. Tak banyak yang kami boleh katakan di sini, namun Assurance Triplemax 2 masih lagi pilihan yang berbaloi.

Kesimpulan

Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami 12

Inilah dia jenama-jenama tayar paling popular di Malaysia, dengan penilaian pengguna yang cukup memuaskan bagi setiap model yang disarankan. Samada anda mencari pengalaman pemanduan yang tepat dan ‘sporty’, ataupun yang tahan lasak dan jimat minyak, jenama-jenama di atas boleh penuhkan permintaan anda.

Apa jua bajet anda, pasaran tayar di luar sana pasti ada satu yang sesuai untuk anda. Namun, perlu diingatkan yang anda tak boleh kedekut apabila membeli tayar. Pastikan tayar kereta anda dibeli dari jenama yang dipercayai kerana pengeluar-pengeluar ini telah menghabiskan wang dan tenaga untuk mengkaji dan membangunkan tayar kereta sebaik boleh supaya anda boleh dapatkan pemanduan yang selamat dan hebat setiap masa.

Apa pula kata anda? Mana satu tayar yang anda hendak cuba? Jom komen di Facebook WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda